Pagi tadi saya ronda-ronda kawasan sekolah seperti lazimnya, sambil mematikan suis lampu besar (spot light) di bangunan belakang berhampiran kantin yang sering lambat di tutup oleh John (Jaga) , saya turun ke bawah dan memerhati kandang ayam PPKI nampak sunyi tanpa sebarang suara. Saya sangka mungkin hujan renyai-renyai ,ayam kesejukan lalu masuk reban namun bila di dekati ternampak 2 ekor bangkai yang mati di baham pemangsa.Pagar yang dipasang rosak.Hairan juga di tengah-tengah Taman Perumahan pun ada Musang. Kesian pelajar-pelajar PPKI dan Che'gu Hidayat setiap hari beri makanan pada ayam-ayam peliharaan mereka, genap dua minggu di baham Musang durjana.
Musang ( Cannis Vulpes ) bedebah kau baham ayam 4 ekor
Rupanya si Musang mengorek tanah kemudian merempuh jaring-jaring pagar menerkam ayam PPKI yang di bela oleh Che'gu Hidayat. Saya panggil PK PPKI Che'gu Rahim. Beliau berlari turun ke arah saya. Saya tanya mana ayam? Dia kata mungkin sejuk ayam masuk reban. Saya tunjukan itu ayam sudah mati di makan musang.Che'gu Ab Rahim terpinga-pinga dan terkejut. Dalam masa yang sama pelajar-pelajar datang dan salah seorang dari mereka yakin ini kerja musang kerana di rumahnya pun berlaku kejadian seperti itu.Ayam- ayam tersebut jinak dan manja tetapi umur mereka tak panjang.Kematian 4 ekor ayam tidak mematahkan semangat Che'gu Hidayat untuk memasang pagar batu untuk menempatkan ayam-ayam baharu yang akan diganti nanti.

Pengetua SMKSB@STAR
Jumaat 3 Mei,2013.
Insya-Allah Tn. Hj. Semangat saya untuk 'menghidupkan' suasana kebun PPKI dengan pelbagai flora dan fauna terus kuat dan semakin berkobar-kobar. Sedikit masa lagi, kebun PPKI bolehlah dikenali sebagai TAMAN BOTANI...semoga segala urusan berkaitan barjalan lancar dan dipermudahkanNya.
ReplyDeleteTerima Kasih Che'gu Hidayat. Bersama kita hijau kawasan sekolah dengan oksigen yang segar dan bersih.
ReplyDelete