Gangguan bekalan air tidak berjadual di Gombak, KL
19 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Sejumlah 13,500 akaun pengguna Syarikat Bekalan Air
Selangor Sdn Bhd (Syabas) di Gombak dan Kuala Lumpur mengalami gangguan
bekalan air tidak berjadual, termasuk tekanan rendah, ekoran penurunan
paras air di kolam utama syarikat itu sejak, semalam.
Kenyataan Syabas hari ini menyebut kawasan yang terlibat di Gombak adalah Lembah Jaya Utara, Desa Lembah Permai, Kampung Muhibbah, Kampung Tasek Permai, Kampung Ampang Campuran, Kampung Tasik Tambahan, Taman Sri Baru dan Taman Dagang Jaya.
Di Kuala Lumpur pula Bandar Seri Permaisuri, Taman Shamelin, Jalan Ikan Emas dan Jalan Yaakob Latif manakala kawasan lain termasuk rumah pangsa lima tingkat di Desa Pandan, Taman Dagang dan Taman Nirwanasa Maju.
Kenyataan itu juga menyebut gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah yang berlaku adalah disebabkan pengurangan pengoperasian di Rumah Pam Wangsa Maju sehingga menyebabkan penurunan paras yang kritikal di kolam utama Syabas sejak semalam.
"Bagi mengatasi masalah ini, Syabas kini sedang giat memantau paras air di kolam secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada pengguna dari semasa ke semasa.
"Sebagai bantuan bekalan air kecemasan kepada pengguna, sebanyak 10 lori tangki diletak dalam keadaan tunggu sedia untuk digerakkan ke kawasan terlibat dan jumlah lori tangki ini akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan," menurut kenyataan itu.
Cuaca panas dan kering sejak kebelakangan ini merupakan antara faktor yang menyebabkan permintaan bekalan air semakin meningkat.
"Oleh yang demikian, pada waktu ini, Syabas berharap para pengguna dapat menggunakan air dengan sebaik-baik mungkin dan dengan cara paling berhemah bagi mengelakkan sebarang pembaziran daripada berlaku," katanya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar SMS dengan menaip Puspel aduan/pertanyaan dan hantar kepada 39222.
Pengguna juga boleh membuat aduan di laman sosial Facebook atau Twitter Syabas dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. - Bernama
Kenyataan Syabas hari ini menyebut kawasan yang terlibat di Gombak adalah Lembah Jaya Utara, Desa Lembah Permai, Kampung Muhibbah, Kampung Tasek Permai, Kampung Ampang Campuran, Kampung Tasik Tambahan, Taman Sri Baru dan Taman Dagang Jaya.
Di Kuala Lumpur pula Bandar Seri Permaisuri, Taman Shamelin, Jalan Ikan Emas dan Jalan Yaakob Latif manakala kawasan lain termasuk rumah pangsa lima tingkat di Desa Pandan, Taman Dagang dan Taman Nirwanasa Maju.
Kenyataan itu juga menyebut gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah yang berlaku adalah disebabkan pengurangan pengoperasian di Rumah Pam Wangsa Maju sehingga menyebabkan penurunan paras yang kritikal di kolam utama Syabas sejak semalam.
"Bagi mengatasi masalah ini, Syabas kini sedang giat memantau paras air di kolam secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada pengguna dari semasa ke semasa.
"Sebagai bantuan bekalan air kecemasan kepada pengguna, sebanyak 10 lori tangki diletak dalam keadaan tunggu sedia untuk digerakkan ke kawasan terlibat dan jumlah lori tangki ini akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan," menurut kenyataan itu.
Cuaca panas dan kering sejak kebelakangan ini merupakan antara faktor yang menyebabkan permintaan bekalan air semakin meningkat.
"Oleh yang demikian, pada waktu ini, Syabas berharap para pengguna dapat menggunakan air dengan sebaik-baik mungkin dan dengan cara paling berhemah bagi mengelakkan sebarang pembaziran daripada berlaku," katanya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar SMS dengan menaip Puspel
Pengguna juga boleh membuat aduan di laman sosial Facebook atau Twitter Syabas dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. - Bernama
Sinar Harian Ahad 19 Mei,2013.
No comments:
Post a Comment