Semoga Allah SWT memberkati beliau dan memberi seribu rahmat atas usaha murni ini. Sepanjang musim sejuk akhir 2014 zikir ini sentiasa berkumandang menemani anak saya yang melahirkan anak pertama tak cukup bulan di Hospital Joseph Wing Sheffield UK selama beberapa minggu. Alhamdulillah Allah memberikan kekuatan kepadanya walau pun terpaksa menemani bayi yang berada dalam inkubator sepanjang masa. Kini Amirah Safiyyah dah membesar dengan sihat berusia 3 tahun 10 bulan mempunyai adik Aqeel Fauzan berusia 11 bulan.
Nasyeed ini juga menjadi halwa telinga saya semasa hendak tidur. Alhamdulillah rasa tenang dan damai di ulit zikir yang sungguh menggugah rasa. Semoga Allah memberkati Hafiz Hamidun.
No comments:
Post a Comment