Friday, May 24, 2013

Antara Pelajaran dan Pendidikan

Antara Pelajaran dan Pendidikan mempunyai makna yang hampir sama (similar ) jika di lihat secara selapis. Apabila di amati secara mendalam terdapat perbezaan ketara dari segi maksud dan pengertian kedua-dua perkataan tersebut.Pelajaran ialah proses pemindahan ilmu kepada pelajar secara formal di bilik darjah. Penyampaian materi pelajaran dari guru dalam setiap subjek berdasarkan silabus tertentu merupakan usaha menuangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar.Guru mengajar,pelajar belajar.Berlaku proses pedagogi antara murid dan guru.

Pendidikan beradab

Pendidikan pula ialah proses mempengaruhi tingkahlaku pelajar menjadi insan  berilmu pengetahuan, bermoral dan beradab seiring dengan ilmu yang di pelajari. Manusia berpendidikan seharusnya mempunyai ciri-ciri karismatik , berdaya maju , mempunyai  pemikiran  futuristik bagi mendepani cabaran alaf teknologi yang serba moden.Orang berpendidikan mempunyai kejujuran inteklektual yang tinggi, berintegriti , bijaksana dan berprinsip.Pendidikan beradab menuntun manusia menjadi orang yang dekat dengan Tuhan. Mereka melayani manusia secara adil dan saksama tanpa membezakan warna kulit,ras,etnik kaum selaras dengan tuntutan Agama yang mengkehendaki kita berlaku adil kepada semua manusia.

Menjadi pandai

Pelajaran ialah proses mengajar manusia menjadi orang pandai manakala pendidikan pula melatih dan mendidik manusia menjadi bijaksana, beradab dan mempunyai kebolehperyaan tinggi.Orang berpelajaran belum tentu beradab kerana banyak kes berlaku mereka berpelajaran tinggi terjebak dengan kerja-kerja mungkar seperti rasuah, menipu, salah guna kuasa dan tidak beramanah.Melalui pendidikan beradab kita mampu melahirkan modal insan yang patuh kepada perintah Tuhan dalam setiap keadaan dan tindakan. Orang berpendidikan mampu mengintrospeksi diri kerana pendidikan yang di terima menjadi benteng nafsu daripada melakukan perkara yang di tegah oleh Agama dan adat  susila dalam kehidupan berorganisasi, bermasyarakat dan bernegara.

Sekadar renungan.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Jumaat 23 Mei,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...