Tuesday, April 30, 2013

Guru Serba Boleh

Profesyen perguruan kurang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat kerana  kerjaya ini kurang glamour berbanding dengan sektor awam lain seperti Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), Peguam, Arkitek, Perubatan, Farmasi dan Jurutera walhal jika diteliti dari segi gred perjawatan permulaan (gaji pokok) tidak jauh berbeza. Jika seorang pegawai baru dilantik dalam perkhidmatan PTD Gred M41 demikian juga guru DG41, cuma yang berbeza ialah justifikasi tugas. Pegawai PTD ada bilik khas dan disediakan Pembantu Tadbir manakala guru dia lah segala-galanya.Masih ada tempat duduk berkongsi meja dan kerusi terutama bagi sekolah yang dua sesi. Bukan sahaja guru malah Pengetua bergred DG52 dan DG 54 tidak mendapat keistimewaan seperti mana mereka yang berada di pejabat.Walau bagaimana pun bersyukur kepada Tuhan dengan berkuatkuasanya dasar 8;8;6;3 peluang kenaikan pangkat kepada para guru lebih baik berbanding sebelumnya yang terpaksa menunggu lebih 20 tahun baru dapat mengecapi  Gred DG 48.












Sumber:internet 


Tenaga guru
 
Pembabitan guru dalam pembangunan negara tidak perlu dipertikaikan.Tenaga guru sangat diperlukan dalam pembentukan masa depan generasi muda. Pembabitan guru dalam majlis rasmi dan agenda besar negara menjadi kemestian. Contohnya semasa menyambut Hari Kemerdekaan, Hari Wilayah dan Petugas Pilihanraya majoritinya adalah dalam kalangan guru dan Pengetua/Guru Besar yang sekolah mereka menjadi pusat pengundian. Bukan saja majlis formal malah hingga kepada kerja-kerja di luar bidang tugas (core business) memerlukan tenaga guru.Masyarakat sebenarnya tahu tetapi kurang sedar dengan beban tugas dan tanggungjawab yang terpaksa di pikul oleh  guru.Konsentrasi terhadap sasaran kerja terjejas kerana banyak di habiskan dengan tugas di luar bilik darjah. Konsekwensinya pelajar menjadi mangsa.Hebatnya guru kerana mereka manusia yang serba boleh.

Menghargai guru 

Masyarakat perlu melihat secara makro peranan guru dalam pembangunan pendidikan anak-anak mereka dengan menghargai jasa guru yang mencurahkan khidmat bakti memajukan anak bangsa tanpa mengira etnik, bangsa,warna kulit dan Agama.Kami bekerja berlandaskan etika perguruan yang menjadi asas pegangan kaum guru dalam memikul tanggungjawab mencerdaskan bangsa.Tenaga guru tetap relevan sekali pun  dunia dipenuhi dengan teknologi maya kerana tugas mendidik dan memupuk disiplin tetap memerlukan pendekatan pembelajaran dan pengajaran(PdP) secara konservatif dari seorang guru.

Selamat Hari Pekerja.
Pekerja berintegriti meningkatkan produktiviti.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
PPPS DG 52
Kuala Lumpur
Rabu 1 Mei,2013.

2 comments:

  1. Jika setiap portfolio tugas guru dibayar dengan 1 gaji, maka gaji gurulah yang paling lumayan. Guru adalah pengurus, pentadbir, pengajar, jurulatih, pelakon, petani, buruh, pelukis, penulis, penterjemah, pegawai kewangan, akauntan, artikek, jurutera dan pelbagai rencam pekerjaan lagi.

    Jika setiap 'kerja' itu diberi ganjaran RM500 sahajapun setiap bulan, gaji guru boleh mencecah puluhan ribu!

    Tapi guru yang sebenar, dia ikhlas dengan kerjanya. Kerjanya itu ibadah. Ibadah itu mendekatkannya dengan Tuhan. Tuhan sayangkan guru. Dia sendiri yang akan membayar semua tunggakan 'gaji' itu diakhiratNya nanti.

    ReplyDelete
  2. Hargai jasa dan pengorbanan guru walau pun tanpa tanda jasa. Guru tetap guru.

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...