Dalam mana-mana organisasi sama ada kecil atau besar mesti mempunyai seorang ketua yang bertanggungjawab untuk memimpin,mengurus dan mentadbir berdasarkan standard dan piawaian yang telah di tetapkan. Kemajuan dan pembangunan organisasi berkait rapat dengan daya dan gaya kepimpinan seseorang Ketua.Keupayaan memimpin terletak kepada kekuatan ketua dengan bantuan dan sokongan pengikutnya dalam memacu kecemerlangan organisasi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.Peranan Ketua menjadi kayu ukur kepada kekuatan dan kelemahan organisasi kerana pemimpin merupakan orang bertanggungjawab membentuk watak pengikutnya dalam semua keadaan dan suasana. Jika ketua berintegriti, nescaya pengikutnya menjadi pekerja yang baik dan beramanah.Peribahasa yang popular mengumpamakan jika Guru...... berdiri, murid.... berlari .
Pelantikan Pengetua
Pemimpin sekolah di lantik dalam kalangan penjawat yang berpengalaman berdasarkan kekananan dalam perkhidmatan.Majoritinya telah berkhimat lebih dua puluh tahun baru di pertimbangkan untuk kenaikan pangkat bahkan masih ramai yang menjadi Penolong Kanan lebih daripada 8 tahun belum lagi lagi diangkat menjadi Pengetua.Walau bagaimana pun laluan kerjaya guru-guru ketika ini tidak lagi sesukar masa lalu dengan berkuatkuasanya peraturan baru 8;8;6;3. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan agensi pusat yang bertanggungjawab melantik dan mengesahkan kenaikan pangkat setiap anggota perkhidmatan berdasarkan laporan dan rekod pegawai yang bersih dan bebas dari sebarang tindakan tata tertib.
Pembentuk watak
Watak setiap manusia merupakan cerminan peribadi pendidikan yang di terima. Pembentukan tingkahlaku awal bermula dari rumah melalui ibu bapa dan keluarga, setelah beranjak kanak-kanak di Tadika dan Pra Sekolah.Proses tingkahlaku berubah bilamana anak-anak mula mengenal pensel,buku dan guru. Tangan-tangan guru menuntun mereka melakar tulisan , ejaan dan mewarna gambar yang di padankan dengan objek yang tertera dalam buku. Di sini lah bermulanya proses awal pendidikan kanak-kanak mengenal ilmu sebelum mereka memasuki alam persekolahan sebenar.Dengan kelembutan dan kesabaran guru menyantuni anak-anak mereka berasa seronok dan gembira untuk belajar sesuatu yang baru.
Aura guru
Guru merupakan model kepada pelajar. Setiap tutur bicara guru menjadi ikutan mereka kerana aura guru mempengaruhi perwatakan pelajar. Mereka boleh menilai kekuatan, kelemahan dan keupayaan kita termasuk menyajikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam kelas setiap hari.
Sumber:www.sejarahs
Secara jujur sejauh mana kita membuat 'homework' sebelum mengajar atau sekadar terikat semata-mata dengan buku sehingga tidak sedikit yang ponteng kelas.Justeru setiap guru perlu melakukan introspeksi diri dengan mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran(PdP) untuk mengembalikan keseronokan belajar. Peranan Pengetua sebagai pemimpin kurikulum menjadi ukuran pencapaian pelajar.Pengetua yang berdedikasi berupaya menggerakan seluruh apparatus sekolahnya bekerja secara bersama membangun potensi murid dalam setiap bidang, bukannya melepaskan tanggungjawab kepada orang bawahannya mengendalikan program dan perancangan untuk memajukan sekolah.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Selasa 21 Mei,2013.
No comments:
Post a Comment