Sumber :Kementerian Pelajaran
Mulai tahun 2009, semua penggredan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah berubah. Jika sebelum itu pencapaian calon di ukur dengan bilangan A tetapi sekarang penilaian berdasarkan bilangan calon yang mendapat A+ dalam SPM. Contoh mudah : pelajar memperolehi( 2A+,3A,4A-2B+) sebelum ini tiada A+ B+ C+ dalam setiap subjek yang di ambil.Penggantian sistem penggredan ini di putuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 September,2009 bertujuan menambahbaik pencapaian Gred A calon.
Perubahan gred
Perubahan yang membabitkan gred A+ lebih tinggi daripada 1A. NKRA sekolah juga di ukur melalui Gred Purata Sekolah (GPS) berdasarkan bilangan calon cemerlang iaitu A+ , A dan A- . Kementerian Pelajaran melalui surat Pekeliling Ikhtisas bil4/2009 bertarikh 1 Oktober,2009 mengarahkan Pengetua memberikan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan sistem penggredan baru kepada guru-guru dan pelajar.
Indikator kecemerlangan
Semakin ramai calon cemerlang ,GPS semakin baik. Indikator kecemerlangan di tandai dengan indeks pencapaian GPS yang semakin kecil berbanding tahun sebelumnya. Berbeza dengan pencapaian keseluruhan (overall) yang berdasarkan peratus lulus dan bilangan calon menduduki setiap peperiksaan.Peratus lulus tidak mempengaruhi Gred Purata Sekolah. Bagi memastikan GPS dan Peratus lulus cemerlang, pencapaian dari segi kualiti dan kuantiti menjadi petunjuk prestasi kecemerlangan sesebuah sekolah.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Selasa 21 Mei,2013.
No comments:
Post a Comment