Wednesday, May 22, 2013

Sekolah Bermaklumat

Sekolah Menengah Kebangsaan Sinar Bintang (SMKSB@STAR) secara perlahan mengalami perubahan menjadi sebuah institusi yang bermaklumat untuk menjana minda pelajar meneroka ilmu pengetahuan dan pembinaan sahsiah diri ke arah yang lebih baik,mantap dan berkualiti.Tembok-tembok bangunan sekolah di hiasi dengan papan-papan tanda bermakna seperti Tonggak 12 , 5S, Niat betul,biasakan yang betul,betulkan yang biasa, Star School, DARIH dan banyak lagi kata-kata semangat yang boleh membangkitkan motivasi pelajar menimba ilmu.Persekitaran sekolah yang sejuk dengan kehijauan pokok beradun lembut bunga-bungaan menjadi resipi menyuntik kejayaan pelajar dan dorongan kepada guru untuk bekerja. Kolam ikan Subki berdekatan laluan sejarah menambah seri persekitaran sekolah.

Info centre

Sebaik melangkah masuk ke perkarangan sekolah pelawat di alu-alukan dengan ucapan selamat datang melalui skrin digital yang di pasang di ruang tangga utama pejabat bersama dengan skrin TV memaparkan aktiviti pelajar.Para pelawat juga di sambut dengan Pantun Bintang-Bintang Gemerlapan yang mengandung makna tersendiri. Menjelang malam sekolah bercahaya dengan lampu-lampu tembok untuk keselamatan bersama CCTV yang  berfungsi 24 jam. Mengambil iktibar insiden buruk pernah berlaku sebelum ini jaga di ikat dan motosikal di bawa lari, pintu pejabat di pecahkan, pihak sekolah mengambil langkah keselamatan untuk melindungi aset dan pekerja yang bertugas sepanjang malam. Al hamdulillah sehingga ini sekitar sekolah aman dan tenteram cuma musang yang masuk membaham ayam PPKI beberapa minggu lalu.Empat ekor ayam mati angkara musang bedebah.Jaga terlena tidak mendengar jeritan (kiyukan) empat ekor ayam di terkam musang kerana hujan turun pada malam kejadian  hingga pagi.


Pengetua SMKSB@STAR
Rabu 22 Mei,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...