Saturday, May 11, 2013

Zakat membersihkan harta

Orang Islam yang mempunyai pendapatan dan simpanan tetap wajib mengeluarkan zakat. Pengeluaran zakat bukan hanya setahun sekali sepertimana lazim yang kita fahami semasa ingin menyambut Idilfitri yang dinamakan zakat fitrah.Mengapa Allah SWT mewajibkan umat Islam berzakat ?Jawabannya untuk membersihkan harta dan jiwa manusia disamping menumbuhkan rasa tanggungjawab terhadap orang miskin yang perlu di bela.

Jenis zakat

Zakat Fitrah dan Zakat Pendapatan(Harta).Islam yang syumul dan sempurna menuntun penganutnya mengeluarkan zakat bagi mereka yang berkemampuan. Zakat harta umpamanya terdiri daripada pendapatan yang di perolehi melalui perniagaan, simpanan, ternakan, pelaburan emas dan perak yang boleh kita keluarkan setiap masa mengikut kadar yang ditetapkan sebanyak 2.5% dari jumlah pendapatan yang dimiliki.

Kaedah pengiraan

Jumlah besar pendapatan setahun contohnya ialah RM11,000.00 bermakna RM11,000.00 x  2.5% bersamaan RM275.00 yang perlu di zakatkan. Di kira secara bulanan  sebanyak RM23.00 sahaja yang wajib di keluarkan. Bagi zakat emas pula ialah 2.5%  nilai emas yang di simpan setahun dengan kadar nisbah (RM8,000.00) bahagi dengan 85 grm, purata harga emas (94.12). Berat emas yang di simpan = 100grm
nilai emas= 100grm x RM 94.12
zakat yang perlu di keluarkan ialah RM9412 x 2.5% = RM235.30

Berzakat membawa berkat.

Wallahua'llam.

Che'Yahya CheSoh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Ahad 12 Mei,2013.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...