Wednesday, August 24, 2016

Italy earthquake

At least 159 people were killed when earthquake hits central Italy with strong magnitude 6.6 Ritcher scale  yesterday according to news.

Myanmar also damaged with powerful earthquake magnitute 6.8 Ritcher scale was struck  central Mynmar
caused a death and pagodas collapsed.

Sources from the news
csyahya victory
Thursday 25 August 2016

Monday, August 22, 2016

Pentaksiran Pengetua dan Guru Besar

Institut Aminuddin Baki IAB telah melaksanakan kursus pentaksiran kepada bakal Pengetua dan Guru Besar bertujuan memilih calon calon yang benar benar berpotensi untuk di lantik sebagai pemimpin dan pengurus sekolah. Mulai tahun 2014 Kursus Profesional Kepengetuaan atau sinonim dengan Nasional Professional Qualification for Education Leaders @ NPQEL telah di wajibkan sebagai pra syarat untuk menjadi Pengetua atau Guru Besar.

Calon calon yang layak perlu mengisi borang permohononan secara online dengan sokongan Ketua Jabatan masing masing. Bagi mereka yang memegang jawatan Guru Kanan atau Pegawai pegawai KPM, JPN dan PPD Gred DG 48 adalah layak memohon mengikuti kursus di IAB.

Calon calon yang memenuhi kriteria akan di panggil menjalani pentaksiran untuk di temuduga oleh Panel yang di lantik oleh Pengarah Pendidikan Negeri sebelum di terima mengikuti kursus NPQEL di IAB. Sebelum ini calon calon di temuduga setelah mereka tamat menjalani kursus selama 6 bulan di IAB . Bagaimana pun IAB sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada calon calon bagi memudahkan mereka mengikuti kursus. Jawatan yang di tinggalkan selama berada di kampus IAB tidak terjejas, sebaik selesai kursus mereka kembali ke sekolah atau pejabat masing masing.

Kaedah pentaksiran

Calon calon yang telah di terima akan menjalani pentaksiran secara temuduga berkumpulan biasanya antara 5-6 orang, temuduga secara individu dan pemeriksaan modul atau tugasan calon. Semasa temuduga berkumpulan, panel akan meminta salah seorang ahli memilih soalan dalam sampul surat yang di sediakan dan memberi kepada panel untuk di edarkan kepada calon calon. Mereka di minta membaca soalan secara senyap selama lima minit dan sebaik tamat loceng akan di bunyikan. Ahli ahli dalam kumpulan bebas memberikan pandangan berdasarkan soalan. Calon calon di larang sama sekali menconteng atau membuat lakaran pada kertas soalan. Pentaksir mendengar dengan teliti setiap hujah yang di sampaikan dan mencatat dalam borang score setiap calon. Pentaksir tidak perlu mencelah atau memberi sebarang komen semasa sesi perbincangan calon calon. Sebaik selesai tempoh selama setengah jam, loceng di bunyikan. Calon calon di minta berhenti berbincang dan mereka di beri masa lima minit untuk membuat rumusan dalam kertas yang di sediakan.

 Calon calon akan meninggalkan bilik untuk persiapan temu duga secara individu pula. Panel akan memanggil calon calon berdasarkan urutan nama dalam borang yang di sediakan. Peruntukan masa untuk temuduga individu tidak terhad bergantung kepada budi bicara panel dan kualiti calon.
Panel tidak boleh memandu calon dalam masa temuduga. Pertanyaan Panel juga tidak boleh tersasar dari format yang ditetapkan dalam modul.

Panel akan menilai berdasarkan standard atau rubrik yang di sediakan mengikut skala yang di tetapkan. Lazimnya calon akan di beri task untuk di analisis berdasarkan kehendak soalan. Kemahiran menganalisis dan memahami data sangat membantu kompetensi calon.

Tahap kompetensi

Panel akan bersidang setelah selesai temuduga untuk memilih calon calon yang layak melepasi tahap kompetensi sebelum di cadangkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia @ BPSM Kementerian Pendidikan untuk di perakukan. Keputusan panel adalah muktamad.

Semoga bermanfaat
csyahya victory
Pengetua ( B )
Smk Sinar Bintang
SEGAMBUT, Park City
Kuala Lumpur.
Sel 23 August 2016



Sekolah Tiada Pengetua

Beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kosong tanpa pengisian ekoran persaraan Pengetua. Sekolah sekolah tersebut ialah SMK Sinar Bintang Segambut, SMK Bukit Maluri, SMK Segambut, SMK Raja Ali dan beberapa buah lagi di Zon Bangsar Pudu yang masih belum di isi. Kekosongan yang agak lama pastinya memberi kesan kepada pengurusan dan pentadbiran organisasi. Pastinya tugas dan tanggungjawab jawab di tanggung oleh PK Pentadbiran dan Kurikulum sebelum pengisian perjawatan Pengetua di laksanakan oleh Kementerian Pendidikan.

Sekolah sekolah yang telah ketiadaan Pengetua di Pudu Bangsar setakat yang saya maklum ialah SMK Victoria, SMK Dato Onn Jalan San Peng dan dalam waktu dekat seorang lagi rakan Pengetua yang akan bersara iaitu Pengetua SMK Taman Connaught Pn Siti Zarinah pada 26 Ogos 2016.

Kita mengharapkan KPM dapat menyegerakan penempatan Pengetua bagi meringankan tugas dan tanggungjawab PK T/ A mengurus dan mentadbir sekolah.

csyahya victory
Isnin 22 Ogos, 2016.

Sunday, August 21, 2016

Antara Realiti dan Ilusi

Sudah sekian lama blog victory tidak terisi dengan tulisan dan koleksi pengalaman sebagai seorang penjawat awam yang sebelum ini padat dengan kerja kerja pengurusan dan pentadbiran memaju organisasi menjadi sebuah institusi yang berintegriti.

Penulisan merupakan hasil pembacaan, nuansa pemikiran dan olahan pengalaman seseorang selama berpuluh tahun berkecimpung dalam dunia pekerjaan seperti bidang pendidikan untuk membentuk dan membangun modal insan berketrampilan. 

Pendidikan menjadi agenda utama dalam mana mana negara di dunia kerana kemajuan dan pembangunan bangsa di ukur melalui kadar celek huruf rakyatnya. Kemajuan negara di tandai dengan kualiti pendidikan bangsanya. Negara negara maju memberi perhatian serius dalam pembangunan pendidikan seperti Jepun, Korea, Taiwan dan Singapura .

Pembangunan minda dan sahsiah rakyat berkait rapat dengan kemajuan pendidikan. Justeru penyediaan pra sarana untuk pembangunan industri pendidikan perlu di beri keutamaan. Sekolah sekolah di seluruh negara terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak perlu di lengkapkan dengan infrastruktur yang sempurna untuk keutuhan pembangunan pendidikan jangka panjang.

Sistem pendidikan kita bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memenuhi matlamat menghasilkan modal insan berwibawa.

Falsafah ini cukup mantap untuk di jadikan wahana hala tuju pendidikan negara. Sejauh mana keberkesanannya bergantung kepada kesungguhan dan komitmen kita semua. Gabungan unsur unsur jasmani, emosi, rohani dan intelek menjadi kerangka kekuatan ilmu untuk melahirkan intelektual berdaya maju secara holistik. Namun ralatnya dari segi pelaksanaan tidak mampu memenuhi impian FPK kerana terlalu banyak halangan yang di terima oleh peringkat pelaksana di sekolah.

Guru guru hanya menerima modul yang terkandung dalam sillabus dan kurikulum yang di rangka oleh pegawai pegawai di Bahagian Kurikulum Kementerian Pendidikan.  Mereka mengajar berdasarkan materi yang telah di tentukan dalam sukatan pelajaran.

Sukatan pelajaran mesti di habiskan sebelum peperiksaan akhir tahun berlangsung, jika tidak akan di tegur Nazir dan pihak berwenang di Kementerian, JPN dan PPD. Antara mengejar sukatan dan teguran pihak atasan menjadi  paradok kepada guru untuk meneruskan pedagogi di bilik darjah. Tidak terlepas dengan PdP di bilik darjah, guru guru terikat dengan tugas tugas lain seperti ko kurikulum , badan beruniform , kelab , persatuan  bagi memenuhi agenda negara 1 murid 1 sukan selain terpaksa menghadiri mesyuarat di Jabatan dan PPD yang memerlukan tumpuan minda dan kecergasan fizikal .

Matlamat pendidikan

Mercu tanda kemajuan organisasi di warnai dengan pengisian  visi dan misi dalam rangka melaksanakan transformasi bagi memenuhi matlamat pendidikan menghasilkan figura berintegriti untuk kesinambungan generasi.

Oleh kerana itu peranan pemimpin selaku pengurus organisasi mempunyai impak yang sangat besar untuk menentukan kejayaan atau kemeruduman sesebuah institusi. Peratus kejayaan organisasi terletak kepada gaya kepimpinan seseorang ketua. Jatuh bangun sesebuah institusi juga turut di warnai oleh karekter pemimpin.

Dalam konteks pengurusan sekolah, peranan Pengetua atau Guru Besar menjadi faktor dominan kejayaan pelajar. Pengetua atau Guru Besar yang mesra pelajar, mesra guru, mesra kakitangan tetapi tegas pastinya budaya organisasi turut berobah demikian juga sebaliknya.

Pengalaman membuktikan seseorang ketua yang baik dan bertanggungjawab menjaga kebajikan bawahannya pasti di senangi kerana mereka berasa selesa bekerja tanpa tekanan kendati pun banyak tugasan yang perlu di selesaikan. Konsekuensinya pencapaian dan produktiviti organisasi meningkat dalam skala yang memberangsangkan.

Kepimpinan ialah suatu seni yang perlu di miliki oleh seseorang ketua untuk mempengaruhi pengikutnya bersama sama berpartisipasi memajukan organisasi. Berbagai jenis teori pengurusan di tulis oleh para ahli tetapi tidak semua kaedah yang di perkenalkan dapat di laksanakan dengan berkesan di sekolah atau organisasi. Budaya sesebuah organisasi tidak sama, justeru seseorang pemimpin perlu mengambil pendekatan berhemah dengan mengkaji, memerhati, menganalisis secara teliti sebelum melaksanakan visinya.

Mengurus sumber manusia sememangnya terlalu sukar kerana kepelbagaian ragam dan latar belakang namun selaku pemimpin yang berwibawa, mereka mempunyai pendekatan tersendiri menangani tingkah laku dalam organisasi.

Pemilihan Pengetua dan Guru Besar untuk memimpin sekolah perlu di lakukan secara teliti bagi menjamin kualiti pendidikan. Pemimpin yang berkualiti pastinya mempunyai wawasan yang jelas untuk memajukan organisasi menjadi sebuah institusi yang di segani.

Ilmu dan kemahiran menjadi syarat dalam kepimpinan sebagai asas untuk mengurus sesebuah organisasi. Kecekapan mengurus dan mentadbir organisasi juga ditentukan oleh pengalaman disamping memiliki ilmu dan kemahiran.

Kebijaksanaan seseorang pemimpin menangani isu isu yang berlaku menjadi indikator kecemerlangan sesebuah organisasi. Adunan ilmu, kemahiran,pengalaman dan kecekapan menjadikan seseorang ketua itu bertindak secara bijaksana dalam merungkaikan sebarang masalah yang berlaku dalam organisasi.

Rumusan

Antara realiti dan ilusi bergantung kepada kekuatan organisasi

Keikhlasan pimpinan menjadi simbol kekuatan organisasi

Kecemerlangan organisasi pasti menjadi realiti jika pemimpin mencintai institusi sepenuh hati.

Organisasi akan hancur jika pemimpin tidak jujur.

Organisasi pasti cemerlang jika sumber manusia di manfaatkan sebaik mungkin sebagai sebuah keluarga besar untuk sama sama memikul tanggungjawab membangun institusi yang di segani.

csyahya victory
Pengetua ( B )
Isnin 22 August 2016.


Tuesday, July 12, 2016

Rupanya aku telah bersara

Perjalananan masa terlalu cepat berlalu meninggalkan manusia. Pergantian waktu dari siang ke malam menambah bilangan hari menjadi mingguan dan bulanan tanpa kita sedari genapnya putaran selama 365 hari setahun. Demikian juga dengan perjalanan hidup manusia, bermula di alam roh, menuju alam rahim, keluar ke dunia untuk tempoh tertentu kemudian kembali lagi ke dalam bumi untuk persiapan menuju suatu tempat yang paling "jauh" iaitu Mahsyar untuk menerima pembalasan atau hukuman dari Allah SWT  semasa hidup di dunia. Oleh kerana pentingnya masa dalam kehidupan manusia, Allah bersumpah " Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran". Demikian penegasan Al Qur'an Al Kareem mengenai masa. Setiap ibadah yang tidak mengikut masa tidak di terima oleh Allah. Solat telah di tetapkan waktunya , demikian juga puasa, zakat fitrah  mengerjakan Haji dan Umrah.Semua peraturan mengenai pelaksanaan syarat dan rukun telah ditetapkan Tuhan yang di perincikan melalui Hadith Nabi Muhammad Saw untuk menuntun umat mencari kebenaran.

bersambung.......

Tuesday, July 5, 2016

OIC kutuk serangan pengganas di Arab Saudi

MADANI: Madani berkata jenayah yang dilakukan itu bertentangan sepenuhnya dengan ciri-ciri seorang manusia sebenar. - AFP Photo

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di tiga bandar raya Arab Saudi semalam yang meragut nyawa empat pegawai keselamatan dan menyebabkan lima orang cedera.

Setiausaha agungnya, Iyad Ameen Madani, berkata mereka yang melakukan, merancang atau menyokong serangan itu begitu terdesak dalam tindakan mereka hingga sanggup menjejaskan keselamatan dan kestabilan Arab Saudi serta rantau itu dan dunia Islam amnya. 

"Seseorang yang membunuh diri, melakukan pembunuhan dan keganasan terhadap manusia yang tidak bersalah serta melakukannya pula pada bulan Ramadan yang mulia dan di Al-Madinah Al Munawwarah, berhampiran Masjid Nabawi, bukanlah orang Islam sebenar serta tidak memiliki sedikit pun nilai-nilai keIslaman," katanya dalam satu kenyataan.

Pengebom bunuh diri itu menjadikan Jeddah, sebuah masjid di Qatif dan satu pusat pemeriksaan keselamatan berhampiran Masjid Nabawi di Madinah sebagai sasaran mereka.

Madani berkata jenayah yang dilakukan itu bertentangan sepenuhnya dengan ciri-ciri seorang manusia sebenar.

"Pengganas seperti itu semata-mata menjadi alat durjana, yang langsung tidak mempunyai perasaan dan rasional serta diperkudakan oleh mereka yang menganjurkan radikalisme, kekacauan dan keganasan," katanya.

Madani juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berdoa agar mereka yang cedera akan segera sembuh.

Beliau yakin pihak berkuasa Arab Saudi akan dapat menangkap saki baki mereka yang terlibat dengan keganasan itu dan membawa mereka ke muka pengadilan serta mendedahkan siapa sekutu mereka.

Madani mengulangi perpaduan penuh OIC dengan kepimpinan, kerajaan dan rakyat Arab Saudi dalam semua langkah yang diambil bagi memerangi keganasan melalui pendekatan menyeluruh, termasuk dari segi politik, ekonomi, sosial dan intelektual.

Beliau juga memuji kepekaan dan kecekapan agensi keselamatan Arab Saudi yang "berjaya menggagalkan dan menentang serangan pengganas itu".
Madani turut mengulangi pendirian tegas OIC yang menolak keganasan dalam semua bentuk dan manifestasinya.


Astro Awani online
Selasa 5 Julai,2016

Monday, July 4, 2016

Explosion heard in Saudi Arabian city of Qatif, body parts seen - witness



The explosions targeting U.S. diplomats, Shi'ite worshippers and a security headquarters at a mosque in the holy city of Medina followed days of mass killings claimed by the Islamic State group in Turkey, Bangladesh and Iraq. The attacks all seem to have been timed to coincide with the approach of Eid al-Fitr, the holiday that celebrates the end of the Islamic holy month.


A suicide bomber detonated a bomb at a parking lot outside the Prophet's Mosque in Medina, the second-holiest site in Islam, a Saudi security spokesman told state news agency SPA.
"Security men noticed a suspicious person among those approaching the Prophet's Mosque in an open area used as parking lots for visitors' cars. As they confronted him, he blew himself up with an explosive belt, which resulted in his death and the martyrdom of four of the security men," the spokesman said.

Five other officers were wounded, the statement added.
A Saudi security official said an attacker parked a car near the U.S. consulate in Jeddah before detonating the device.

A video sent to Reuters by a witness to the aftermath of the Medina bombing showed a large blaze among parked cars in the fading evening light, with the sound of sirens in the background. A picture sent to Reuters showed a burnt and bleeding man lying on a stretcher in a hospital.

Other pictures circulating on social media showed dark smoke billowing from flames near the Mosque of the Prophet, originally built in the 7th century by the Prophet Muhammad, who is buried there along with his first two successors.

In Qatif, an eastern city that is home to many members of the Shi'ite minority, at least one and possibly two explosions struck near a Shi'ite mosque. The security spokesman said the body of a bomber and two other people have been identified, without providing any more details.

Witnesses described body parts, apparently of a suicide bomber, in the aftermath.

A resident of the city reached by telephone said there were believed to be no casualties there apart from the attacker, as worshippers had already gone home to break their fasts. Civil defence forces were cleaning up the area and police were investigating, the resident said.

A video circulating on social media and purporting to show the aftermath of a Qatif blast showed an agitated crowd on a street, with a fire raging near a building and a bloody body part lying on the ground. Reuters could not immediately verify the video.

Hours earlier a suicide bomber was killed and two people were wounded in a blast near the U.S. Consulate in the kingdom's second city, Jeddah.

The Jeddah blast was the first bombing in years to attempt to target foreigners in the kingdom. There was no immediate claim of responsibility.

Authorities identified the attacker as a 34-year-old Pakistani driver named Abdullah Qalzar Khan, who lived with his wife and family in the city.

An official of the U.S. State Department said no American citizens or consulate staff were hurt in the Jeddah blast. He said the United States was aware of reports of explosions in Qatif and Medina and would monitor the situation closely.

He said the State Department encouraged U.S. citizens in Saudi Arabia "to be aware of their surroundings, and keep security and situational awareness levels high."

Islamic State has carried out a series of bombing and shooting attacks in Saudi Arabia since mid-2014 that have killed scores of people, mostly members of the Shi'ite Muslim minority and security services.

Police and groups of local volunteers increased security near mosques in Qatif after suicide bombings hit mosques in Shi'ite areas last year, killing dozens. Another suicide blast at a mosque used by security forces killed 15 a year ago.

The top Saudi clerical body condemned the attacks.
"They are renegades from the (true) religion who have left behind the Muslim flock and their imam, violating all sanctities," the Secretariat of the Council of Senior Scholars said in a statement.
"They have no religion," it added.

(Additional reporting by Sami Aboudi in Dubai and David Brunnstrom in Washington; Writing by Peter Graff and Noah Browning; e

The Star online
Tuesday 5 July 2016.