Pagi tadi saya singgah di sekolah sekejap dalam perjalanan pulang ke rumah. Sebaik tiba saya dapati Penolong Kanan Tadbir dan Akademik Pn Hajah Hanipah Endut bersama beberapa orang guru En. Wan Nor Azmi, Puan Nadhmah, Che'gu Nurul Fitri dan seorang lagi guru saya bertungkus lumus membersih dan menyapu sesawang yang memenuhi tingkap dan habuk lantai. Mereka bergotong royong (GORO) menyisih,menyusun ,mengatur, rak-rak buku dan memindahkan almari ke tempat yang sesuai untuk kemudahan pelajar.En.Subki datang membersihkan kolam ikan diikuti Pn Rosnah turut sama membersihkan bilik sejarah.
kami GORO bersih bilik Sejarah
Laluan sejarah di hiasi dengan carta dan gambar-gambar pemimpin negara era kemerdekaan hingga kini. Inisiatif terpuji ini menjadi sumber inspirasi kepada semua guru dan pelajar walau pun dalam cuti guru-guru tetap bekerja dengan penuh tanggungjawab.Sekalung penghargaan dan tahniah kepada Pn Hanipah dan guru-guru terbabit.
WNazmi bersama Pn Nadhmah mengemas buku-buku.
Kerja dengan hati
Hajah Hanipah bersama guru-guru (Afifi cs)
Saya kagum dengan keprihatinan guru-guru yang bekerja dengan hati kerana sayangkan sekolah.Kesepaduan cita-cita menjadi teras menggembeling tenaga membersihkan bilik sejarah. Contoh dan model ini patut di ikuti oleh semua guru dan pelajar.Orang yang bekerja dengan hati akan menghasilkan produktiviti tinggi kerana kepuasan diri merupakan akauntabiliti pekerja sejati.Apabila kita berbuat sesuatu bersumber dari hati ,ia menjadi pemangkin pencapaian berkualiti .Teruskan usaha murni.
WNazmi dan Subki mengangkat penghadang (partition).
Terima kasih.
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Jumaat 24 Mei,2013.

No comments:
Post a Comment