Petang tadi Lembah Kelang di sirami hujan setelah beberapa hari tidak turun. Ketibaan hujan di sambut rasa gembira, syukur dan terima kasih kepada Tuhan Pencipa Sekalian Alam. Burung-burung bernyanyi riang, terbang hinggap di ranting-ranting dahan yang kebasahan untuk membasuh badan yang kekeringan.Tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bungaan kelihatan segar mekar turut sama bergembira dengan nikmat yang datang.
Hujan tak lepas
Bagi manusia hujan yang turun sebentar tadi sedikit sebanyak melegakan walau pun tidak dapat menghilangkan rasa panas sepenuhnya.Alhamdulillah.Hujan yang turun sebentar petang tadi sebenarnya "Hujan tak lepas" menyebabkan haba terperangkap kerana udara terpendap sehingga bahang panas beruap dan pengap.Mudah-mudahan menjelang dini hari Allah turunkan hujan yang lebat untuk menyejukan alam.
Che'Yahya Che'Soh
Keramat AU
Kuala Lumpur.
14 Mei,2013.
No comments:
Post a Comment