Thursday, May 9, 2013

Apabila Nawaitu Bukan Kerana Allah

Pertarungan antara akal dan nafsu sentiasa berlaku dalam diri manusia kecuali bagi mereka yang benar-benar ikhlas  menunaikan tanggungjawab dan amanah bersandarkan nawaitu (niat ) semata-mata mendapat keredhaan Allah.Berapa kerat manusia yang sanggup menerima hakikat tersebut?. Bercakap memang mudah, praktikalnya menuntut pengorbanan dan ketabahan yang sungguh sukar untuk diterima oleh setiap insan. Rosaknya manusia kerana gagal mengawal nafsu yang bermaharajelela dalam diri kerana di himpit perasaan yang tidak pernah berasa puas dengan segala  nikmat pemberian Tuhan.





Sumber you tube Rabbani

Melatih diri bersyukur

Bersyukur kepada Tuhan merupakan amalan terpuji setiap orang beriman kerana nawaitu mereka ialah mencari keredhaan Allah dalam setiap tindakan dan perbuatan.Sesuatu perbuatan yang baik itu bermula dengan niat yang betul.Jika niat menjadi indikator kemuliaan manusia,ia akan membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa. Allah akan memberikan kekuatan iman untuk menangani kejelekan nafsu yang tidak pernah berasa puas dengan kedudukan,pangkat dan harta benda yang di miliki. Nafsu selalu menggoncang jiwa manusia melihat keindahan dunia yang penuh dengan hijau ranau sehingga akhirnya mematikan iman. Melatih diri bersyukur dengan nikmat, berlapang dada dan qanaah  menjadikan manusia hamba Tuhan yang taat,patuh dan berserah. Sebaliknya jika manusia memilih kekufuran janji Tuhan pasti berlaku dengan ancaman azab yang pedih.

Ruang terbuka luas

Dalam melayari bahtera kehidupan ini setiap hari kita berdepan dengan ragam dan pola laku yang benar-benar menguji keimanan. Ruang dan peluang terbuka luas di depan mata jika kita inginkan kesenangan sementara.Dalam bahasa mudah peluang untuk melakukan perkara di luar norma prosedur di depan mata, namun sanggup kah seorang yang mempunyai roh keimanan melakukan demikian ? Jawapan yang pasti ialah mereka yang benar-benar berintegriti tidak akan tega melakukan perbuatan yang di tegah oleh Agama.Integriti lahir dari hati yang bersumberkan nawaitu kepada Illahi sebagai matlamat akhir tujuan hidup manusia di bumi. Apabila nawaitu bukan kerana Allah dalam setiap perbuatan, tunggu lah balasan setimpal dari Tuhan yang pasti datang.


Taakul diri,
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Khamis 9 Mei.2013 10.10 malam

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...