Thursday, May 23, 2013

Mural Futuristik Malaysia


Hasil tangan pelajar dan Pn Halimah Misran
berdasarkan inspirasi Pengetua Nov.2009

Mural kenangan semasa di
SMKDK 16 Mac 2009-10 April,2012

Gambar: kredit Facebook SMK Danau kota 

Masih terkenang dalam ingatan sebaik mula bertugas di SMK Danau Kota pada Mac 2009, saya meminta Guru PSV Puan Halimah melukis mural tembok sekolah berkonsepkan futuristik yang memaparkan gambar-gambar pemimpin negara bermula era kemerdekaan hingga kini.Kemajuan yang dicapai dalam setiap bidang menjadi indikator kecemerlangan negara. Cetusan idea ini saya kemukakan kepada Pn Halimah bersama pelajar-pelajar Tingkatan 3 pada masa itu. Mereka bertungkus lumus menyiapkan lukisan pada tembok sekolah sebaik saja PMR berakhir. Pelajar -pelajar tersebut semuanya mendapat cemerlang A seramai 9 orang. Terima Kasih Pn Halimah dan pelajar pelajar tersayang.Walau pun kini saya tiada lagi di SMKDK, kenangan ini tetap terpahat dalam ingatan.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
23 Mei,2013.




No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...