Bergambar bersama pelajar-pelajar tersayang
sempena Hari Guru Sekolah pada 23 Mei,2013.
Pengetua bersama guru-guru berikrar sebelum menyanyi lagu
GURU MALAYSIA di Dewan Bestari .
Luahan rasa seorang pelajar Ahmad Asrari
setiap
manusi pasti pernah merasa bersalah termasuk lah saya,setiap apa yang
saya lakukan pasti salah, mungkin saya takkan merasa klau diri saya ni
akan sentiasa benar, tetapi bila hadirnya guru, semuanya berubah, disaat
saya sunyi cikgu hadir dengan membawa cahaya. cikgu terus berusaha
untuk mendidik kami tak kira ribut datang melanda diri, kerana itu lah
matlamat seorang guru, ingin melihat anak muridnya sentiasa berjaya dan
terus melangkah ke hadapan, terkadang kami sebagai murid ini lalai dalam
pelajaran, tetapi cikgu menahan air mata itu supaya tidak mengalir.
kesabaran seorang guru memang takkan terganti, adakalanya kami melawan
cikgu kata guru, tetapi cikgu tidak membalasnya, malah sebaliknya, cikgu
tersenyum kerana cikgu ingin kita tahu bahawa senyuman
itu mampu menyembunyikan perasaan marah, gembira, sedih, senang mahupun
susah.kami bangkit dari kegagalan, kerana kami tahu itu yang mampu
membuat seorang guru tersenyum. kami mencoba maju kehadapan dan kami
mencoba untuk melupakan kegagalan kami di masa lalu kerana guru telah
membimbing kami dengan penuh harapan, setiap kata kata yang diberikan
oleh guru itu adalah petunjuk untuk kejayaan kita. guru..kaulah pembina
bangsa.
selamat hari guru.
by: Ahamd Asrari
Terima kasih Ahmad Asrari.
Pengetua SMKSB@STAR
Jumaat 24 Mei,2013.
Credit : Ahmad Asrari SMKSB's Family
No comments:
Post a Comment