Monday, May 7, 2012

Ustaz Mohd Erfino Yang Saya Kenali



Ust. Mohd. Erfino Johari meladeni kami makan malam 
di rumahnya di Ealing  London pada Julai 2009
Gambar : Ehsan Ust Mohd Erfino.

Seorang figura yang futuristik, saya mengenali pemilik nama ini Mohd. Erfino Johari sewaktu berkhidmat sebagai Ketua Unit Penilaian Peperiksaan JPN WP KL dari 2001-2009. Selama bertugas di JPN WP KL sempat berkunjung ke beberapa buah negara seperti UK (2004), Australia (Tasmania, Melbourne, Sydney 2006) dan New Zealand (Otago University ) bersama pegawai LPM Dr. Jamil Adimin dan Dr. Khodori Ahmad menjalan tugas rasmi yang ditetapkan LPM.

Ustaz Erfino yang saya kenali

Graduan lulusan Universiti Jordan ini mempunyai perawakan yang menarik, futuristik, berwawasan dan mempunyai kekuatan intelektual yang tinggi. Beliau seorang yang mudah didekati dan berhemah tinggi. Sewaktu bertugas sebagai Atase Agama di MSD London, beliau menemui setiap pelajar Malaysia di serata daerah  di UK  menyampaikan wacana ilmu dan perkembangan  pembangunan pendidikan semasa kepada para pelajar disamping memberikan  khutbah Jumaat secara rutin di Malaysia Hall .
 
 















Bersama Ust Mohd Erfino Johari di MSD London .


Ustaz Erfino banyak menulis rencana ilmiah dan menerbitkan koleksi khutbah jumaat dalam dwi bahasa (bilingual) yang sangat bermanfaat kepada masyarakat muslim dimana sahaja mereka berada. Beliau juga berbakat menyampaikan lagu-lagu berunsur Rabbani  untuk mendidik masyarakat .

Che' Yahya Che' Soh 
7/5/12



    

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...