Ketika ini kerja-kerja pemasangan marmar (tiles) sedang di lakukan oleh kontraktor yang di lantik oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). En. Simon Khor sangat prihatin dengan pembangunan Dewan Gemilang.Beliau setiap hari meninjau perkembangan kerja.Mesyuarat PIBG pada 16 Mei,2013 yang bermula jam 4.30petang berlarutan hingga 9.00 malam bersetuju menggantikan lantai Dewan Gemilang(DG) dengan marmar.Kos pemasangan melalui peruntukan PIBG termasuk mengecat seluruh bahagian dalam Dewan.
Penghawa dingin
Sebaik kerja-kerja pemasangan mozek siap,Dewan Gemilang akan di pasang alat penghawa dingin sebanyak 6 set melalui sumbangan Dato'Melvin Loh sepertimana yang di janjikan semasa berjumpa Pengetua, Pk HEM dan Guru Disiplin tempoh hari.Pelajar-pelajar SMKSB@STAR bertambah seronok untuk belajar kerana suasana yang sejuk dan nyaman menjadi suntikan minda menumpukan kepada pelajaran yang di ajar oleh guru.Sesuai dengan namanya SMK Sinar Bintang, kita mengharapkan sekolah ini mampu mencapai taraf lima bintang atau sekurang-kurangnya 4 bintang. Saya yakin kita mampu mengubahnya berkat kerjasama dan partisipasi padu semua pihak. Kita telah menetapkan sasaran 60%, : 20% :20% sebagai indikator kecemerlangan sekolah.
Terima kasih.
Pengetua SMKSB@STAR
Khamis 30 Mei,2013.
No comments:
Post a Comment