Tema Perayaan Hari Guru tahun ini 1 Aspirasi 1 Agenda merupakan moto yang perlu di hayati setiap warga pendidik dalam usaha meningkatkan pembangunan pendidikan negara untuk melahirkan modal insan berkualiti . Bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tonggak aspirasi negara, pendidikan bermutu merupakan agenda besar yang perlu di laksanakan secara komprehensif untuk mencapai cita-cita menjadi sebuah negara maju bermaruah mengikut acuan Malaysia.
Transformasi nilai
Transformasi sikap dan perobahan gaya pemikiran untuk mendepani cabaran menjadi asas pokok jika kita ingin maju setanding dengan negara-negara lain seperti UK,US,Australia, Finland dan New Zealand. Perkakasan dan peralatan sofistikated tidak mendatangkan manfaat jika sumber manusia tidak di bangun secara beradab.Kebajikan guru di negara-negara berkenaan sentiasa mendapat perhatian termasuklah gaji guru di Finland yang mendapat keistimewaan sama dengan sektor lain seperti Peguam dan Perubatan di negara tersebut. Guru hanya memperuntukan masa selama 4 jam dalam kelas selebihnya 2 jam seminggu untuk pembangunan profesional mereka.
Secara jujur kita perlu akui beberapa aspek yang masih belum mencapai standard piawaian antarabangsa ialah mengenai nisbah guru murid yang terlalu besar. Bilangan murid yang terlalu ramai mencapai 40 orang dalam satu kelas, infrastruktur sekolah yang perlu di tambahbaik menjadi isu dan cabaran yang perlu di selesaikan segera.

Tanggungjawab secara kolektif
Sambutan perayaan hari guru seharusnya menjadi pemangkin kekuatan modal insan yang ingin kita jana dalam era digital yang mempunyai pelbagai maklumat.Kemampuan menyaring informasi yang di terima menjadi penentu keberhasilan transformasi nilai dalam kalangan guru, pemimpin pendidikan dan para pelajar seluruhnya. Kegagalan membendung unsur-unsur negatif yang di terima sudah pasti merencatkan pembentukan modal insan negara. Peranan guru , pemimpin pendidikan , masyarakat , orang perseorangan dan pihak berkuasa perlu memikul tanggungjawab secara kolektif menjadi penggerak utama bagi memastikan pendidikan yang bermutu dapat di realisasikan seperti mana di gagaskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Antara tradisi dan matlamat
Sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun seharusnya bukan menjadi tradisi dengan memilih tokoh -tokoh guru yang telah bersara sahaja untuk di beri penghargaan dan pengiktirafan, tetapi yang lebih utama ialah menentukan matlamat dan hala tuju pendidikan negara yang lebih dinamik,progresif dan berfokus kepada keupayaan murid membangun potensi diri sesuai dengan ilmu,kemahiran dan kecekapan yang di miliki mereka. Kemampuan dan keupayaan pelajar yang tidak sama tahap kecerdasan IQ memerlukan kaedah alternatif menyalurkan bakat mereka berdasarkan kompetensi diri.
Selamat Hari Guru 16 Mei 2013.
Drs.Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Khamis,16 Mei,2013.
No comments:
Post a Comment