Saturday, May 25, 2013




Bunga Rose merah penambat seri SMKSB@STAR




Waduh cantik banget bunga Rose ni  kayak sekolahnya.

SMKSB@STAR di hiasi berbagai jenis bunga-bungaan dan tumbuhan herba menjadi sekolah dalam taman. Pokok bucida di tanam berdekatan kantin dan pagar sekolah,kini sedang membesar. Saya perhatikan setiap petang hari burung-burung bermain di dahan dan ranting-rantingnya berkicau riang seolah-olah menemui habitat baharu. Sumbangan tumbuh-tumbuhan sangat bermakna bagi melestarikan kestabilan ekosistem sekolah kekal kondusif. Saya sangat menyayangi SMKSB@STAR kerana separuh masa dan tenaga tercurah di sini. Mudah-mudahan saya dapat mengakhiri sisa perkhidmatan dalam beberapa tahun ini untuk menyaksi bintang-bintang bersinar  gemerlapan.
















Sumber you tube . Ku petik Bintang-bintang

Terima kasih Pn Rosnah muat turun gambar.

Pengetua SMKSB@STAR
25 Mei,2013.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...