Friday, May 17, 2013

Mahu kurangkan beban guru

Kuala Lumpur: Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, P Kamalanathan bercadang membangkitkan isu berkaitan tugas guru sekarang dalam usaha mengurangkan beban mereka.

Beliau berkata, pendidik sepatutnya hanya mengajar dan bukan menjalankan tugas pentadbiran di sekolah.
Saya berpendapat, kita perlu mengeluarkan garis panduan mengenai perkara ini berikutan ia sering diperkatakan oleh mereka (guru).


Bukan itu saja, saya juga akan meneliti isu lain kerana saya mendapat banyak nota mengenai pelbagai masalah daripada guru ketika berkempen pada pilihan raya lalu, katanya ketika ditemui selepas menghadiri program New Straits Times (NST) Live di Balai Berita The New Straits Times (M) Bhd di sini, semalam.

Interaksi dengan pembaca

Program itu dikendalikan Pengarang NST Online, Badrolhisham Bidin.
Pada program itu, Kamalanathan berinteraksi dengan pembaca NST kira-kira sejam di laman web akhbar terbabit.

Mengulas nisbah pelajar India kini yang kecil di institut pengajian tinggi awam (IPTA), Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor berkata, ia disebabkan pelajar yang memenuhi kriteria ditetapkan saja layak memasuki universiti.

Ini bagi memastikan IPTA hanya melahirkan pelajar berkualiti dan bukan mementingkan kuantiti yang memasuki universiti.

Bagaimanapun, kita perlu meneliti mengapa hanya sedikit pelajar India di IPTA, sama ada ia berpunca daripada sistem pendidikan di sekolah menengah atau aspek teknikal lain, katanya.

Terima kasih kepada PM

Ditanya pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi kepercayaan untuk menerajui kementerian yang mencabar itu.

Berita Harian Jumaat 17 Mei,2013.

Tahniah YB Timbalan Menteri. I Aspirasi I Agenda. Semoga menjadi realiti bukan ilusi.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...