Sunday, November 29, 2009

Hari Raya Qurban


Lautan manusia wukuf di Arafah menandakan kemuncaknya ibadah haji. Arafah tempat istimewa kerana setiap jemaah mesti berada disana untuk mendengar khutbah Hari Raya (Khutbah Arafah) dan menjadi syarat rukun haji. Keistimewaan lain di bumi Arafah juga Allah SWT mempertemukan Adam dan Hawa yang telah terpisah begitu lama. Terbayang bagaimana sayu dan syahdunya saat berada di bawah khemah bersama rakan-rakan yang mengerjakan haji pada tahun 2001 yang lalu. Ada yang berzikir, membaca Quran, bersolat sunat dan pelbagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Tuesday, November 24, 2009

Bengkel Sahabat Pengetua

Pengetua SMK Danau Kota menyampaikan cenderahati kepada Pn Roaini Jaafar sebagai tanda persahabatan (Mentor) dalam program sahabat pengetua .


Selasa 24 November satu bengkel immersion kepengetuaan diadakan oleh Sektor Jaminan Kualiti JPWP fasa I/2009 membabitkan sebahagian besar Pengetua dan Guru Besar bagi membincang dan memantapkan kompetensi pengetua baru . Bengkel sahabat pengetua diadakan bertujuan membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan dan perkembangan sekolah untuk memperkasa dan memantapkan sistem tadbir urus dengan cekap dan berkesan.

Thursday, November 19, 2009

Majlis Perpisahan Pengetua-Pengetua Zon Keramat

Satu Majlis perpisahan bagi pengetua -pengetua yang bertukar keluar akan diadakan pada 25 November 2009 di Hotel Putera Kuala Lumpur. Pengerusi Zon Keramat telah meminta Pengetua SMKDK membentangkan kertas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (School Base Assessment) dalam majlis tersebut.

Wednesday, November 18, 2009

SPM Examination -Day 2

Kertas hari ini Bahasa Inggeris I dan Bahasa Inggeris II. Seperti biasa pelajar dan guru berkumpul di dataran Sekolah to have a short brief and recite a pray base on our own believe before exam starts. The doa recite by Amir bin Nordin Form 5 student infront of assembly. They all listen ,calm, quite and look happy. One of my student MASTURA form 5 DK 4 faint after the first paper and recover soon. She can continue to sit for paper II . In the afternoon at 200 till 430 pm student sit for History( Core subject) . Two of them came late. Mohd. Amzarhakim and Mohd. Ilman from the same class. They arrive at the centre at 300pm.

SPM Bermula

The SPM examination officially begin today 18 November 2009 with the number of candidates 174. Early in the morning arrive at school . We pray and recite a doa together before allowing them into the hall. The first paper is Bahasa Melayu I and Bahasa Melayu II.
After giving some briefing , rush to Putera Hotel for meeting with PPK. In the afternoon back to school in the heavy rain. The examination run smoothly. Thanks God .

Tuesday, November 17, 2009

Meeting At Putra Hotel 18 November 2009

Hadir mesyuarat official meeting organize by The District Education Department at the above address. All Principal and Headmaster in the region (Keramat) must attend walau pun peperiksaan SPM bermula hari ini . Sepatutnya Pengetua sebagai Pengurus Peperiksaan Sekolah mesti berada di sekolah sepanjang musim peperiksaan bagi memastikan tidak berlaku sebarang irragularities di sekolah masing-masing. Ironinya dalam situasi seperti ini pun pengetua masih dipanggil bermesyuarat dan berkursus . Secara peribadi memang saya tidak bersetuju kerana kita seolah-olah tidak dapat membezakan antara yang mustahak ,urgent dan kritikal. Bila berlaku insiden di sekolah Pengetua perlu bertanggungjawab sepenuhnya . Surat arahan dan siaran LPM yang meminta semua pengurus sekolah berada di sekolah masing-masing sepanjang musim peperiksaan seperti tidak diendahkan . Kepada rakan-rakan di PPD,JPN mohon sama-sama kita renungkan. Kita sama-sama bertugas untuk negara.

Monday, November 16, 2009

Majli Restu Pelajar TG 5

Selasa Jam 730 pagi majlis restu untuk pelajar Tg 5 telah diadakan di Dewan Gemilang. Pengetua hadir memberikan suntikan semangat terakhir kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada hari esok 18 November (Rabu) dan berakhir pada 14 Disember 2009. It is a very simple event but meaningful to them.

Perhimpunan Pagi Minggu Akhir

Isnin 16 November ialah minggu akhir sekolah dalam tahun ini. Perhimpunan pagi diadakan dan beberapa pengumuman disampaikan oleh guru bertugas . Sedikit ketidakaturan berlaku mengenai Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru. Majoriti guru minta supaya dibawa ke tahun depan kerana sekolah mula bercuti pada 20 November. Kekeliruan timbul kerana perubahan tarikh yang asalnya ditetapkan pada Sabtu 14 November telah di tunda ke 21 November. This is a good lesson for everyone how difficult to justify and managing people to get a collective voice .Persetujuan dicapai antara pihak sekolah dengan pembekal seperti mana yang diminta. I wont be arrond on that particular day. Kepada calon SPM we pray for you. Good luck and have a healthy and wealthy life for your SPM . SELAMAT MAJU JAYA. TIADA SEBAB ANDA TIDAK BOLEH BERJAYA KECUALI MALAS BERUSAHA.

Pemasangan kabel optik untuk rangkaian (LAN) akan dilakukan oleh syarikat yang dilantik KPM. Oleh kerana SPM akan bermula dalam waktu dekat kerja-kerja pemasangan ditangguh sementara. Beberapa lokasi telah dikenalpasti iaitu : Bilik Peperiksaan 2, pejabat 2, bilik guru 1 dan dibilik kaunseling . Pengetua meminta En Nazri menyelia dan menguruskan tugas-tugas tersebut.

Aku kagum melihat beberapa orang guru ku menyiapkan kerja-kerja mereka di Bilik Peperiksaan hingga lewat petang. Mereka nampak seronok, ceria dan ikhlas . Look happy, cheerful , sincere and trusworthy . Semoga semangat seperti ini terus berkekalan . Terima kasih cik gu .

Sunday, November 15, 2009

Mencari Haji Mabrur

Kota Suci Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah menerima tetamu Allah lagi. Labbaikallahum malabbaik. Labbaikala syariikallabbaik .


Gambar Kaabah : Sumber internet

Ketika ini lautan manusia memenuhi tanah haram Mekkah dan Madinah semata-mata menjadi DHUYUFI RRAHMAN (tetamu Allah )Perasaan sayu,hiba dan terharu bilamana terkenangkan pengalaman mengerjakan Haji pada tahun 2001 yang lalu. Aku bersama isteri di pilih Allah menjadi tetamuNya. Tidak terungkap dengan kata-kata bilamana mendapat tahu bahawa kami akan berangkat ke Mekkah. Sepanjang perjalanan dari KLIA - JEDDAH air mata mengalir membasahi pipi tanpa ku sedari. Mekkah, Madinah dan Masjidil Aqsa tanah suci yang penuh barakah. Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim As menyeru manusia mengerjakan Haji di Baitullah. Nabi Ibrahim AS ialah kekasih Allah Khalilullah yang banyak menempuh pahit getir ujian dari Tuhan. Kisah pembukaan kota Mekkah mempunyai sejarahnya tersendiri . Nabi Ibrahim menerima perintah Allah supaya meninggalkan puteranya Ismail bersama Siti Hajar di sebuah perkampungan kecil bergunung ganang gersang dan tandus yang kering kontang tidak mempunyai makanan. Tempat itu ialah Mekkah atau Bakkah iaitu bumi yang penuh berkat . Di bumi ini juga lahirnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW daripada zuriat Abdullah Bin Abdul Mutalib dan Aminah yang kemudiannya menjadi Rasul terakhir khataman nabbiyin sebagai rahmat ke seluruh alam . Nabi Ibrahim mempunyai seorang lagi isteri bernama Sarah. Dengan Sarah mereka dikurniakan Ishak. Kedua-dua putera Ibrahim AS menjadi Nabi menyambung risalah Allah di muka bumi.
Sesungguhnya kemuliaan Mekkah dan Madinah menjadi bukti kebesaran Allah dengan kedatangan jutaan umat manusia Islam berbagai bangsa, etnik, suku dan ras di seluruh dunia menunaikan Haji dan Umrah setiap tahun. Semoga jamaah mendapat HAJI MABRUR . Amin.



Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...