Baru tiga hari tidak hujan, panas cukup membahang. Cuaca di Kuala Lumpur mencecah 37 darjah C merimaskan penduduk.Kadar pengambilan air meningkat untuk menyejuk dan menghilangkan dahaga.Ramai yang tidak berbaju semasa di rumah termasuk saya. Haiwan ternakan mencari sumber air untuk melangsungkan kehidupan mereka. Burung-burung terbang berkicau kehausan meminta hujan turun,begitu juga tumbuh-tumbuhan mula kering layu.Demikian pentingnya air kepada kehidupan manusia. Semua makhluk bergantung kepada sumber air untuk melestarikan kehidupan di bumi. Semoga Allah SWT menurunkan rahmatNya kepada penduduk di bumi. Bila hujan turun bumi segar kembali. Hebatnya Allah mengatur ekosisitem alam untuk kesejahteraan manusia, namun sedikit sekali manusia yang bersyukur.
Tanah runtuh
Jika sebelum ini setiap petang hujan lebat beserta guruh dan petir sabung menyabung memenuhi ruang angkasa Kuala Lumpur mengakibatkan beberapa kawasan di landa banjir kilat , tanah runtuh dan pokok tumbang menjadi trauma kepada penduduk, kini Allah swt datangkan sedikit ujian dengan cuaca panas beberapa hari. Sememangnya manusia tidak pernah berasa puas dengan keadaan yang berlaku. Bila hujan susah,panas pun resah gelisah. Semoga kita semua menjadi hamba yang bersyukur dalam setiap keadaan dan suasana.

Che'Yahya Che'Soh
AU 4/1 Keramat Kuala
Lumpur .
Ahad 2 Rejab 1434 H bersamaan 12 Mei,2013
No comments:
Post a Comment