Thursday, May 23, 2013



Rehabilitasi kolam ikan dan Taman Geografi /Sejarah

















 Che'gu Subki bekerja menyiapkan kolam ikan
 

 














Kerja-kerja penggalian sedang berjalan.

















Kolam ikan hampir siap .

Taman Warisan Geografi dan Sejarah salah satu lagi projek yang bermanfaat untuk menjana informasi kepada pelajar dan guru-guru mengekplorasi alam dan  kehidupan organisma sebagai ekosistem yang saling bergantung antara satu sama lain. Aliran sungai yang mengalir dari hulu ke hilir tidak pernah putus menjadi ibrah kepada  guru untuk mendidik dan mencurahkan ilmu kepada pelajar tanpa pernah mengenal rasa jemu.Mudah-mudahan Taman Warisan Geografi berdekatan Laman Jejak Kemerdekaan dan laluan sejarah menjadi khazanah berharga kepada pelajar untuk menambah perbendaharaan ilmu.

Permintaan Pengetua

Pada awalnya kolam ini cetek dan agak sempit, Pengetua meminta supaya di rehabilitasi untuk manfaat pelajar. Inisiatif Che'gu Subki bersama Che'gu Yusoff, mereka menggali,membesar dan mendalamkan kolam tersebut untuk mewujudkan iklim sekolah yang sejuk,nyaman dan tenteram dengan kehijauan dan bunga-bungaan. Kedudukan Taman Warisan yang  strategik di tengah-tengah lorong antara Blok Bestari dan Bangunan Utama menjadi penyeri yang menyinari SMKSB@STAR terutama bagi pelawat dan ibu bapa yang berkunjung ke sekolah.

 
















Terima Kasih Che'gu Subki, Che'gu Yusoff dan Che'gu Shamim.


Laman Jejak Kemerdekaan mengandung detik-detik
sejarah pembebasan Tanahair dari cengkaman 
Penjajah British berhampiran Taman Warisan Geografi


Pengetua SMKSB@STAR
Khamis,23 Mei,2013.
Gambar: Che'gu Rosnah Samlee






No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...