Istanbul kota bersejarah menjadi tarikan parawisata seluruh dunia.Banyak peristiwa silam terjadi sini.Turkey yang bersempadan dengan Syria menjadi transit bagi mereka yang ingin ke Mekah.Tahun lalu (2012) kami bertemu beberapa rombongan jemaah yang singgah di Istanbul beberapa hari sebelum berangkat ke tanah Suci.(artikel saya kembara rabbani Istanbul berkaitan) Sememangnya kota Istanbul memberi keseronokan kepada pengunjung kerana kota ini sungguh unik dan cantik hasil gabungan budaya Asia dan Eropah.Sejarah pemerintahan Islam Zaman Khalifah Othmaniah selama ratusan tahun menjadi saksi kehebatan kota ini .Selama 5 hari berada di Istanbul melawat Masjid-masjid bersejarah zaman Khalifah Othmaniah menggamit kenangan sayu tentang keagungan Empayar Islam yang menjadi tonggak kecemerlangan Ilmu dan peradaban suatu ketika dulu.
Gambar kenangan semasa di Istanbul Mei 2012.
Che'Yahya Che'Soh
Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment