Setelah selesai menunaikan Solat Fajar di Surau Al Falah AU4, kami dua beranak menolak basikal sejauh 1.5 kilometer ke stesen Petronas untuk mengisi angin. Basikal sudah lama tidak di gunakan makanya tayar kempis.Setelah mengisi angin kami berkayuh (gatih) melalui kawasan perumahan AU5 terus ke Taman Permata hingga ke Wangsa Maju Seksyen 5 sebelum balik ke rumah.Amalan berbasikal sangat baik untuk mengeluarkan peluh yang mengandungi bahan -bahan perkumuhan dalam badan.Sahabat saya Haji Khailani Ab.Jalil, Pengetua SMK Segambut Jaya sangat doyan basikal. Beliau sanggup meredah hutan,merentas lautan semata-mata kerana basikal malah sampai ke Indonesia dan China mengikuti aktiviti berbasikal.Sekiranya dapat di praktikan selalu, badan menjadi ringan dan bertenaga kerana proses pembakaran lemak menurunkan metabolisma tubuh.Kira-kira tiga dasawarsa yang lalu basikal merupakan kenderaan utama dalam masyarakat desa . Anak-anak menaiki basikal sejauh 3 km malah ada yang terpaksa menggatih hingga 5 km menuju sekolah. Memiliki sebuah basikal seperti mendapat sebentuk berlian terutama Basikal Raleigh yang cukup mahal dan berprestij pada ketika itu.
Gambar hiasan :shazakiah.blogspot.com
Malas berjalan
Kebanyakan orang kita malas berjalan.Rumah dekat dengan Surau dan Masjid pun masih guna kenderaan.Oleh itu tidak hairan jika perkarangan Masjid dan Surau penuh dengan kereta.Ada juga jemaah yang letak kenderaan hingga ke Anjung Masjid sehingga menyukarkan jemaah lain. Sesetengah jemaah kurang kesedaran sivik dengan menutup laluan sehingga kenderaan lain tak boleh masuk sedangkan kawasan tempat letak kereta masih belum penuh terutama di bahagian tengah padang.Suasana seperti ini berlaku pada setiap hari Jumaat di Masjid Hulu Kelang.Jemaah yang datang kemudian terpaksa mencari kawasan yang jauh di pinggir kubur.Sebagai seorang muslim yang beriman kita perlu prihatin dengan keadaan seperti ini.
Bersyukur kepada Tuhan
Bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan kesihatan berpanjangan walau pun dalam usia melewati setengah abad masih boleh berkayuh dan bergerak dengan baik.Sistem respirasi masih sempurna (tidak semput), pengaliran darah berfungsi dengan baik dan sistem endokrina (endocrine gland)lancar untuk melakukan proses metabolisma tubuh.Proses kimia yang berlaku bergantung kepada tindakbalas enzim yang ada dalam badan kita.Aktiviti berbasikal seumpama menjana bateri kenderaan untuk memelihara jangka hayat sesebuah kereta.Maha Besar Allah SWT yang mencipta manusia cukup sempurna sehingga mampu mengadaptasi dengan kehidupan di bumi.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Sabtu 25 Mei,2013.
No comments:
Post a Comment