Saturday, May 18, 2013

Malaysia Perlu Identiti

Malaysia yang dulunya di kenali dengan Tanah Melayu  terkenal seantero dunia kerana kemasyhuran pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke 15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511, berakhirnya legasi Kesultanan Melayu Melaka yang memerintah selama lebih 100 tahun.Sejak itu berlaku pertarungan kuasa besar dunia mengganyang Tanah Melayu seperti Belanda, Portugis,Inggeris dan Jepun.Inggeris kembali berkuasa setelah Jepun menyerah kalah kerana peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua. Ratusan tahun bumi ini di jajah oleh berbagai negara membawa bersama budaya dan cara hidup mereka sehingga lah kita mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos,1957. Peranan Tunku Ab.Rahman Putra bersama rakan-rakannya memerdekakan negara dari penjajahan Inggeris menjadi bukti sejarah pembentukan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

 

Tunku Ab.Rahman Putra Al Haj
Bapa kemerdekaan Negara.

Integrasi kaum

Sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka sistem pemerintahan di bentuk berasaskan  penyatuan kaum terbesar iaitu Melayu,Cina, India dan Bumiputera  yang  menjadi tonggak integrasi kaum sejak dulu menjadi pemangkin kemajuan negara. Malaysia yang kaya dengan hasil bumi seperti petroleum, gas, bijih timah, getah dan kelapa sawit menjadi ikon negara membangun yang begitu pesat berkembang.Peluang-peluang pekerjaan dalam sektor perladangan, pembuatan , pembinaan dan industri perkilangan berkembang pesat namun sayangnya di monopoli pekerja asing kerana rakyat tempatan  tidak dapat mengadaptasi  dengan sektor pekerjaan tersebut.

Identiti Malaysia

Kita perlukan identiti tersendiri untuk membangun citra negara di mata dunia.Identiti yang di maksud bukanlah bangunan yang tinggi Petronas dan Menara Kuala Lumpur tetapi membangun potensi insan menjadi rakyat yang berilmu, celik maklumat,mempunyai tahap profesionalisma yang tinggi dalam segala bidang terutama pendidikan. Jika kita mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara  yang berprestij dan di kagumi dunia, sistem pendidikan negara perlu di beri nilai tambah untuk melahirkan warganegara yang berilmu, bermoral dan beradab.Para pelajar perlu di pupuk dengan keutuhan jati diri  kerana mereka merupakan aset masa depan  yang mewarnai kehidupan masyarakat dan negara.












sumber gambar:ukm.my 


Bila saja orang menyebut Malaysia, mereka segera terbayang kehebatan sistem pendidikan kita sebagai etos keunggulan negara. Kita perlu memikirkan strategi menjadikan Malaysia sebuah negara yang di segani menandingi negara-negara di dunia sepertimana Finland yang terkenal dengan kemajuan pendidikannya.

Cerna minda pagi

Che'Yahya Che'Soh
Ahad 19 Mei,2013
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...