Mengikut data dan perangkaan saya, pembaca Victory seramai 230 orang sehari malah ada ketikanya mencecah 340 setiap hari.Perangkaan ini menggambarkan Victory merupakan medium yang bermanfaat untuk perkongsian ilmu dan pembangunan minda pembaca dalam menyongsong alaf digital kaya dengan pelbagai maklumat yang tepat, akurat dan kebolehpercayaan yang tinggi.Seorang penulis yang beretika dan bermoral sentiasa menjaga tatasusila penulisan untuk memelihara maruah diri dan nilai professional yang di miliki sebelum menterjemahkan dalam bentuk tulisan untuk tatapan pembaca.
|
Kandungan Victory
Victory merupakan sarana pemikiran yang berfokus kepada nilai-nilai murni pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar,guru-guru dan masyarakat sebagai tonggak kekuatan negara dalam memacu pembangunan modal insan yang berwibawa dan di segani.Peranan guru sebagai pelaksana dasar pendidikan menjadi teras kejayaan pelajar kerana mereka merupakan golongan insan yang membentuk masa depan generasi.Proses pemindahan ilmu dan kemahiran berlaku setiap hari di bilik darjah. Guru-guru mengoptimumkan Melindungi Masa Instruksional (MMI) bagi memastikan pelajar memperolehi ilmu pengetahuan secukupnya.Tugas mengajar dan mendidik menjadi menu harian seorang guru yang mendambakan kejayaan pelajar mereka tanpa membedakan warna kulit dan etnik bangsa.Demikian mulianya hati seorang guru yang mempunyai kejujuran intektual tinggi.(intellectual honesty) .
Pelajar berjaya guru gembira
Tiada ungkapan yang paling manis dan bahagia bagi seorang guru bila melihat anak didiknya berjaya dalam hidup.Guru tidak berkira dalam menyantuni pelajar mereka, sanggup berkorban tenaga bagi memastikan pelajarnya berjaya dalam setiap bidang yang di ceburi samada sukan, ko kurikulum dan berbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan diri pelajar. Semoga guru tetap setia mendidik dan mengajar anak bangsa sehingga mereka berjaya mencapai cita-cita.
Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Selasa 14 Mei,2013
No comments:
Post a Comment