Pengguna kena jimat air: SYABAS
Langkah bantu atasi masalah kurang bekalan
Kuala Lumpur: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menyarankan pengguna di Lembah Klang menjimatkan penggunaan air dalam menghadapi kekurangan bekalan air yang semakin kritikal kebelakangan ini.
Kuala Lumpur: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menyarankan pengguna di Lembah Klang menjimatkan penggunaan air dalam menghadapi kekurangan bekalan air yang semakin kritikal kebelakangan ini.
Kita bukan hendak timbulkan panik tapi kerana keadaan bertambah runcing dengan cuaca panas sekarang, kita terpaksa menyampaikan maklumat ini supaya pengguna faham situasi dan dapat memainkan peranan untuk sama-sama membantu." Datuk Lee Miang Koi, Ketua Pegawai Operasi SYABAS
Mainkan peranan
“Kita bukan hendak timbulkan panik tapi kerana keadaan bertambah runcing dengan cuaca panas sekarang, kita terpaksa menyampaikan maklumat ini supaya pengguna faham situasi dan dapat memainkan peranan untuk sama-sama membantu.
“Mei tahun ini, secara purata, jumlah permintaan semasa bekalan air terawat adalah pada tahap 4,638 juta liter sehari (JLH) berbanding jumlah kapasiti pengeluaran oleh semua loji rawatan air yang boleh diagih iaitu 4,661 JLH.
“Bagi menampung permintaan yang tinggi ini, empat daripada 34 loji sedia ada beroperasi melebihi kadar kapasiti reka bentuknya,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SYABAS di sini, semalam.
Miang Koi berkata, rizab bekalan air sejak awal tahun ini adalah sangat sedikit yang mana sehingga 23 Mei lalu, hanya pada kadar 19.83 JLH atau 0.43 peratus jika dibandingkan purata rizab 2012 iaitu 76.76 atau 1.75 peratus.
“Paras rizab yang amat sikit inilah menyebabkan bekalan tidak stabil seterusnya gangguan bekalan air tidak berjadual yang kerap dan tidak menentu.
“Berdasarkan unjuran kapasiti bekalan dan permintaan air untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, kedudukan bekalan air terawat dijangka bertambah kritikal berikutan bekalan tidak mencukupi mulai Julai 2014 apabila rizab menjadi negatif,” katanya.
Berita Harian
Sabtu 25 Mei,2013.
No comments:
Post a Comment