Friday, May 17, 2013

Ragam Ibu Bapa

Berbagai ragam  manusia di temui zaman mutakhir ini sehingga benar-benar menguji kesabaran  guru  semasa melayani karenah segelintir ibu bapa yang berurusan di sekolah. Tugas guru  sungguh mencabar  memerlukan ketahanan mental dan spiritual.Bila pelajar tidak datang ke sekolah lebih tiga hari tanpa sebab,guru menghantar  surat peringatan. Sesetengah Ibu bapa datang berjumpa dengan guru dan Pengetua dalam keadaan kurang tenang sehingga menyalahkan pihak sekolah kerana tidak  meladeni anak mereka  dengan baik. Komen ibu bapa yang datang mengatakan  kelas bising, pelajar ramai sehingga menyebabkan anaknya tak dapat menumpukan perhatian kepada subjek yang di ajar guru.Keadaan ini menyebabkan anaknya tak mahu datang ke sekolah. Guru subjek juga katanya tidak menumpukan kepada materi yang diajar sehingga pelajar sukar memahaminya. Itu antara alasan yang di berikan oleh sepasang ibu bapa semasa berjumpa Pengetua dan Guru Kelas semalam.Anak dia tak datang sekolah, guru pula kena marah.Ini lah ragam segelintir ibu bapa yang di alami oleh guru.Saya juga sedikit kaget bila mana seorang bapa membahasakan dirinya  Aku semasa berbincang bersama Pengetua dan Guru Kelas, namun berkat kesabaran menjadi pendengar yang baik,pihak sekolah dapat merungkaikan kekusutan sehingga ibu bapa berkenaan memahami dan menghormati peranan dan tugas kita sebagai pendidik yang mengharapkan kecemerlangan dan kemenjadian murid sebagai agenda utama. Akhirnya mereka dapat menerima penjelasan dengan baik dan memohon untuk beredar.


Pengetua SMKSB@STAR.
Sabtu 18 Mei,2013.




No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...