Saturday, May 11, 2013

Mencari Damai Di Dunia

Dunia hari ini sedang sakit kerana perbuatan dan tindakan oknum yang ingin mengekalkan legasi pemerintahan mereka walau pun mendapat tentangan dari majoriti rakyat.Syria yang bergolak tanpa henti memaksa rakyatnya mengungsi ke Jordan, Turki dan perbatasan negara jiran untuk meneruskan kehidupan.Terbaru 11 Mei,2013 mengikut BBC News, letupan kuat berlaku di sempadan Syria-Turki mengorbankan 43 orang dengan 100 rakyat cedera.Rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman penguasa yang menolak kedamaian.Bagaimana nasib rakyat yang tidak berdosa menjadi taruhan sebuah regim yang tidak berperikemanusiaan. Dunia menyaksikan saban hari pelarian orang awam  di sempadan Syria-Turki dan Jordan untuk mencari perlindungan.
 


sumber:Idhamlim.com

Mencari air di Afrika

Di sisi lain, beberapa buah negara di dunia sedang bergelut dengan kemiskinan dan kemunduran yang mencengkam kehidupan penduduknya seperti berlaku di Afrika Selatan. Warna warni kehidupan menyelubungi manusia yang terpaksa bertarung mencari setitik air untuk keperluan hidup di alami penduduk Afrika yang kekeringan.Masyarakat dunia menyaksikan betapa dahsyatnya kehidupan penduduk yang terpaksa mencari air di lopak-lopak kotor yang sudah tentu belum terjamin kebersihannya.Jutaan kanak-kanak berdepan dengan pelbagai penyakit yang sudah tentu menjejaskan masa depan mereka.Air merupakan keperluan asas tubuh badan. Kekurangan air menimbulkan berbagai simpton penyakit.Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan air dalam badan (total body water) bagi membolehkan mereka melakukan aktiviti untuk meneruskan kehidupan yang sihat dan cergas.Nasib masa depan generasi terutama mendapat pendidikan bermutu sudah pasti terjejas kerana kemiskinan dan kehidupan yang terlalu daif.Jika krisis tidak berupaya ditangani dengan baik pastinya kebuluran terus berpanjangan dan nasib jutaan anak-anak terus tersiksa dan merana sepanjang masa.



sumber:rainharvest.co.za

Mengharapkan titisan air dari langit

Menghadapi situasi begini, mengharapkan titisan hujan yang turun dari langit merupakan rahmat bagi penduduk yang sedang kehausan. Allah SWT tidak menzalimi makhluknya baik manusia, haiwan dan tumbuhan melata selagi manusia menunaikan tanggungjawabnya menjaga hak Allah. Ikhtiar dan usaha melalui doa yang tidak putus kepada Tuhan supaya membuka pintu-pintu langit menurunkan hujan membasahi bumi Afrika yang ketandusan.Ya Allah Engkau Maha Mengetahui segala sesuatu kerana Engkau lah memegang kunci langit dan bumi. Turunkan lah rahmatmu kepada mereka yang sedang bertarung antara hidup dan mati mengharapkan titisan air turun dari langit untuk menghilangkan kehausan.

Renungan pagi

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Ahad 12 Mei,2013.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...