Sunday, May 26, 2013

Terima Kasih Pengetua.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Cik Hajah Mek Dah Ab. Rahman Pengetua SMK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai, Penolong Kanan Hj Azmi Ibrahim dan seluruh warga sekolah  kerana memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada anak saya Siti Aliyah Che' Yahya  menjalani latihan (praktikum) mengajar selama 3 bulan di sini yang berakhir pada hari Khamis 23 Mei lalu. Segala kerjasama dan jasa baik tuan/puan memberi tuntunan  ilmu dan perkongsian pedagogi  kepada Aliyah, mudah-mudahan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Saya mendapat maklum guru-guru banyak memberikan sumbangan hadiah sempena meraikan perkahwinan Aliyah pada 23 Mac lalu.Saya mohon kemaafan kerana kesuntukan waktu tidak dapat mengadakan majlis khenduri di rumah datuknya seperti mana perancangan awal kami. Terima kasih kepada Pengetua dan rakan-rakan  guru yang begitu prihatin dengan Aliyah. 

Pengetua











Mek Dah Ab.Rahman
Pengetua SMKSYP2
sumber: Blog sekolah SMKSP2

Pilih jadi guru

Siti Aliyah anak kedua saya memilih untuk menjadi guru. Hanya beliau seorang sahaja yang mengikut jejak kami. Abang dan adik-adiknya berlainan profesyen. Siti Aliyah yang di panggil kak ngah dalam kalangan adik- beradik (6 orang) seorang anak yang gigih, mungkin pencapaiannya sederhana berbanding abang dan adik-adik, membuat dia tabah dan tekun.Sebelum di terima mengikuti kursus DPLI,Siti Aliyah bekerja dengan Standard Chartered selama beberapa bulan, kemudian sebagai Software Engineer Western Digital Kelana Jaya hampir setahun.Mungkin tidak serasi dengan pekerjaan tersebut beliau memohon menjadi guru. Pengalaman sebagai GSTT memberi sedikit kelebihan kepadanya untuk di terima sebagai seorang pendidik. Saya selalu sebut jangan paksa diri menjadi guru.  'Do not force yourself to be a teacher' . Mudah-mudahan beliau menjadi seorang guru sengoti yang berkualiti untuk membentuk masa depan generasi menjadi modal insan berintegriti.



Terima Kasih.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Ahad 26 Mei,2013.





No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...