Wednesday, May 29, 2013

Ubat Hati

Seawal dini hari tak kala  suara Muazzin berkumandang memecah keheningan  pagi memanggil untuk SOLAT FAJAR , saya bersiap berpakaian kemas mengenakan sedikit wangian menuju rumah Allah di Surau Al Falah.Alhamdulillah pagi ini terbangun agak awal dari biasa sempat lah berjemaah bersama ahli Qariah. Dalam suasana pagi begini terbayang Masjidil Haram dan Masjid Nabi SAW dengan ribuan  hamba Allah berbondong-bondong menuju Kiblat yang satu menyembah Tuhan dengan penuh rasa kudus dan rendah diri.Kaabah dan Raudah tidak pernah sunyi dari manusia yang datang dari berbagai pelosok dunia semata-mata menyahut panggilan Tuhan. Indahnya Islam mewarnai kehidupan manusia tanpa mengira etnik bangsa disatukan bawah kalimah Agung Lailaha Illah Muhammad Rasulullah yang menjadi ikatan persaudaran kaum muslim di mana pun mereka berada.

Mengimami  solat

Saya mengimami solat fajar dengan membaca permulaan Surah Yunus yang mengisahkan tentang ketauhidan kepada Allah SWT. Antara inti kandungan yang dapat di ambil pengajaran dari permulaan surah ini doa yang kita akhiri selalu "Dakwaahum fiiha subhanakallahum watahiyatuhum fiiha salaam waakhirudakwahum anilhamdulillah hirabbil alamin'(seharusnya ayat Allah tidak boleh di baca dalam ejaan bukan kalimah Arab).Dalam ayat seterusnya membicara tentang perangai dan sifat manusia bila berada dalam kesusahan atau terkena musibah mereka sentiasa mengingat Allah, tetapi apabila sudah di hilangkan , mereka melupakan Tuhan.Manusia akan mencari Allah bila keadaan tersepit dan melupakanNya bila selamat dari bahaya. Seumpama orang yang hanyut di lautan, mereka menjerit  dan terkapai-kapai meminta pertolongan, Allah hanyutkan sekeping papan buat nya berpaut untuk meneruskan kehidupan.Dalam pertarungan antara hidup dan mati,sekeping papan lebih bernilai daripada wang jutaan ringgit. Di saat itu manusia benar-benar yakin pertolongan Tuhan, tetapi bila sudah sampai di daratan, mula melupakan suruhan dan kewajiban.

Ingat Allah

Cara yang paling mujarab menghilangkan resah gelisah ialah dengan mengingat Allah.Manusia seringkali alpa dan jauh dari Tuhan sehingga tidak sempat sujud,mencuri sedikit waktu sebelum ke pejabat membaca ayat-ayat Allah supaya hati sentiasa tenang. Bukankah dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenang?.Segala punca yang berlaku dalam kehidupan masyarakat hari bersumber dari hati yang gagal menerima perintah Tuhan. Mentarbiyah diri melakukan tanggungjawab  secara konsisten boleh mengubat hati yang keras.Al Qur'an mengajar manusia mengurus hati melalui beberapa cara yang antaranya jadikan lah setiap perbuatan yang baik itu sebagai amal mulia yang di lakukan secara berterusan. Umpamanya bersedekah. Jika amalan ini menjadi sebati dalam jiwa manusia menginfakan rezeki yang di perolehi secara istiqamah walau pun sedikit, nescaya Allah akan melipatgandakan pahala di sisiNYa secara berkekalan. Demikian juga dengan amalan -amalan yang lain, sedikit tapi berterusan sangat di sukai Tuhan ketimbang berbuat kebajikan  secara berkala atau sekaligus, kemudian di tinggalkan.


Wallahua'llam.
Al Fakir wal miskin
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
KHamis 30 Mei,2013.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...