Friday, May 17, 2013

Takziah Atas Pemergian Sahabat.

Takziah kepada Puan Rozita dan anak-anak atas kehilangan suami tercinta En.Maiddin Surateman (gambar) Guru Besar SK Taman Melati  yang telah  kembali Kerahmatullah pada hari Khamis 9 Mei 2013 lalu . Saya baru mendapat berita mengenainya,lantas terus mencari sumber yang sah dengan menelefon rakan-rakan Pengetua dan Guru Besar untuk mengesahkan berita tersebut.Saya membuka laman web SK Taman Melati dan Blog MGBWPKL dan sah lah beliau telah tiada. Maaf sahabat kerana tidak mendapat berita mengenai ketiadaan mu. Baru benar rasanya kita bertemu dalam majlis Jabatan bulan lalu. Kelihatan saudara seperti biasa  tanpa menunjukan sebarang tanda akan meninggalkan kita buat selama-lamanya.Semoga Allah SWT memberikan tempat yang selayaknya dan di golongkan dalam kalangan hambaNya yang bertaqwa. Kepada keluarga yang di tinggalkan banyak-banyak lah bersabar kerana setiap kita wajib berpisah dengan kehidupan di dunia , tinggal lagi masa dan ketika belum sampai.Justeru perbanyakan lah amal sebelum datangnya masa yang di janjikan Tuhan. Saya dan keluarga iringi dengan serangkai Al Fatihah buat Maiddin Surateman semoga Rohnya mendapat keampunan di sisi Allah SWT.
 

Allahyarham En.Maidin Surateman

(Laman Web SK Taman Melati)

Thursday, 9 May 2013


9 Mei 2013, Khamis.

Dukacita dimaklumkan bahawa Guru Besar Sk Taman Melati, Encik Maiddin bin Surateman telah kembali ke Rahmatullah . Satu kehilangan yang besar buat Warga Sk Taman Melati. Bersama- samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al- Fatihah.






Sumber You tube Andai Ku Tahu.
 
Takziah dari saya,

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 18 Mei,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...