Thursday, May 23, 2013

Sekolah Mula Bercuti

Sesi persekolahan untuk penggal ini berakhir 23 Mei,2013 hari Khamis. Majlis Perayaan Hari Guru diadakan di peringkat sekolah. Seronoknya guru-guru meraikan bersama pelajar. Mereka berpakaian cantik dan baru.



Pengetua bersama Penolong- Penolong Kanan


















Cantik berseri hijau sedondon.

Esok Jumaat cuti umum Hari Wesak. Kehadiran pelajar pada hari ini tidak memberangsangkan mungkin ada yang sudah bercuti bersama keluarga untuk balik kampung. Sempena cuti sekolah yang agak panjang (dua minggu) ramai kalangan guru yang bercuti keluar negara. Ada yang pergi umrah dan tempat-tempat lain seperti China, Taiwan dan Jakarta-Bandung mengambil peluang merehatkan minda setelah penat bekerja.Orang Malaysia memang suka melancung terutama dalam kalangan mereka yang berpendapatan tetap dan lumayan. Banyak berjalan luas pengalaman, bertambah kenalan.Semoga guru-guru saya selamat pergi dan pulang.

Pesan untuk pelajar

Kepada para pelajar, cuti bermula 23 Mei-10 Jun sebaiknya dimanfaatkan dengan kerja-kerja berfaedah mentelaah dan membuat ulangkaji setiap mata pelajaran terutama kepada bakal calon PMR dan SPM yang semakin dekat.Tiada gunanya kehidupan ini jika masa yang ada di sia-siakan berlalu tanpa sebarang manfaat. Tidak ada  siapa yang boleh menolong dan membantu anda menjawab soalan peperiksaan kecuali diri sendiri . Guru-guru hanya boleh menolong dan memberi tips kaedah menjawab soalan sahaja tetapi dalam Dewan Peperiksaan hanya bergantung kepada peratusan pemahaman calon melakukan yang terbaik. Jika tidak bersedia dari awal pastinya kekecewaan yang di terima. Saya sangat mengharapkan setiap calon PMR dan SPM bersedia dari sekarang,jangan tunggu  saat akhir. 


Pengetua SMKSB@STAR
Khamis 23 Mei,2013.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...