YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Ab Razak meluangkan masa singgah di rumah Imam Mengkebang(Berserban jubah) dalam lawatan beliau ke Kelantan semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri
Ayahanda Hj Che Soh Majid Imam Mengkebang
Peneroka awal Batu Mengkebang .
Sekitar tahun 1960an, Kerajaan Kelantan telah membuka beberapa tanah rancangan dalam Jajahan Kuala Krai untuk memberi peluang kepada rakyat yang kurang berkemampuan memiliki tanah . Pembukaan tanah tersebut membabitkan Rancangan Kemajuan Tanah Batu Mengkebang, (RKT) Rancangan Kemajuan Tanah Sungai Sam, RKT Manek Urai, RKT Chenulang dan RKT Sungai Sok . Borang-borang permohonan di buka kepada mereka yang berminat untuk menjadi peneroka . Rancangan Kemajuan Tanah Batu Mengkebang merupakan penempatan peneroka terawal daripada RKT yang lain. Hasilnya berbondong-bondonglah orang kampung datang memohon tanah untuk berhijrah membina penghidupan baru. Mereka datang dari segenap Daerah/Jajahan . Ada dari Tumpat, Pasir Puteh, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu, Kuala krai, Bachok dan Hulu Kelantan. Sejarah penerokaan awal RKT Mengkebang penuh sukar dan memilukan , memerlukan pengorbanan dan istiqamah yang tinggi. Mereka terpaksa berbasikal sejauh puluhan batu dari kampung halaman masing masing membawa benih getah, bekalan makanan yang terhad menuju Gucil Kuala Krai dengan keazaman yang tinggi semata mata ingin merobah nasib. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Begitu kata pepatah melayu. Berbekalkan semangat sengoti (sejati) mereka harungi pelbagai kegetiran kerana yakin disebalik kesusahan pasti ada kesenangan .
" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubahnya "
Tepat dan jelas sekali perumpamaan yang Allah gambarkan dalam Al Quran yang mulia bahawa manusia perlu berusaha dan berikhtiar bersungguh sungguh dengan tekun dan sabar untuk melakukan perobahan dalam kehidupan ini. Mereka tidak boleh berpaku tangan semata mata mengharapkan sesuatu yang turun dari langit secara gratis (percuma ) . Mereka perlu melakukan pengorbanan yang tinggi untuk memperolehi kejayaan . Hanya orang yang mampu bertahan sahaja (tohid istilah Kelantan) kekal sebagai peneroka hingga kini . Mereka yang tidak sanggup menghadapi kesusahan dan jerih perih awal-awal lagi sudah cabut ("surrender"- "give up ") dan pulang ke kampung halaman masing-masing. Sejarah awal Mengkebang penuh dengan ranjau duka yang dilalui oleh peneroka . Tidak sedikit yang demam kura, sakit dan meninggal dunia sebelum tiba ke destinasi . Mereka terpaksa menempuh duri dan onak berjalan kaki meredah hutan , mendaki bukit, menuruni cerun , meniti batang batang kayu yang ditinggalkan pengusaha balak melalui jalan STEWON ( a kind of timber lorry ) yang sungguh menyulitkan .Jika hari hujan, jalan berselut kuning dan licin . Jalan bengkok bengkang berselut kerikil ditengah tengah hutan tebal memerlukan pengamatan tajam jika tersilap langkah kaki tersandung , gelongsor masuk gaung. Bunyi reriang dan cengkerik rimba mengiringi ketibaan senja sungguh meremang dan mendebarkankan dada . Penduduk Mengkebang terpaksa menapak lebih 6 jam (anggaran penulis) dari Gucil memikul beras, gula, ikan kering , budu dan barang keperluan asas lain melalui perkampungan lama Batu Balai dan Belukar Tebu untuk sampai ke rumah masing-masing. Ketika itu tiada kenderaan yang boleh digunakan. Jika bernasib baik dapatlah menumpang stewon yang membawa balak.
Berbekalkan Kudrat Empat kerat
Hutan anugerah Illahi kaya pelbagai spesis flora dan fauna menjadi habitat Gajah, Harimau , Babi dan Mergastua lain bertingkah bunyi suara ungka mengejutkan penghuni rimba dengan kedatangan rombongan manusia. Suasana seperti ini sudah cukup menggambarkan betapa tingginya semangat bapa-bapa kita bersama anak isteri membuat anjakan paradigma melakukan transformasi kehidupan .
Gambar :carian internet
Dari puncak bukit terpancar mata air yang jernih melalui celah-celah rekahan batu dan akar kayu mengalir mengikut alur dan lurah , membentuk air terjun yang sungguh mengkagumkan. Sungainya yang cernih , dingin dan belum tercemar menjadi tempat permainan anak anak ikan berenang tangkas menongkah arus dengan riang . Burung burung undang terbang rendah memerhati dan mencari peluang menangkap anak anak ikan untuk dijadikan sarapan mereka. Demikian indahnya ekosistem hutan yang diciptakan Tuhan sebagai sumber bekalan oksigen untuk kelestarian hidup manusia dan haiwan . Subhanallah . Bekas tapak kaki Gajah, Harimau dan binatang liar menjadi mainan mata saban hari. Rasa takut, cemas dan gerun sudah hilang dalam dairi kehidupan mereka . Berbekalkan kudrat empat kerat mereka menebang pokok sebesar sepemeluk dan menebas hutan seluas 6 ekar milik mereka tanpa bantuan mesin dan jentera moden . Masing-masing mengerjakan tanah dengan tekun dan sabar untuk ditanam getah dan padi huma . Pokok pokok yang ditebang dibiarkan kering dan sesetengahnya dibakar untuk dijadikan baja (pupuk) yang menyuburkan tanaman . Suasana muhibbah dapat dirasai seperti dalam keluarga sendiri. Saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Konsep menggilirkan kerja di panggil DE GHAA dan ME NGHUUN menjadi amalan mereka. Peneroka awal mempunyai nama yang sangat sinonim dengan tempat tinggal asal mereka sehingga orang lebih mengenali dengan nama gelaran daripada nama sebenar mereka . Gelaran seperti Mat Punai, Mat Merah, Mat Bedil, Mat Che Yah , Mat Gajah, Mat Tok Klong , Pak Mat Banir , Pak Kob Merah (sekadar contoh panggilan) kekal hingga kini .
Gambar hiasan : Sumber internet
Rumah Berdinding Kulit Kayu
Peneroka awal membina rumah berdinding dan berlantai kulit kayu beratapkan daun cucuh untuk melindungi hujan dan panas. Lubang-lubang celah dinding jelas kelihatan bilamana kulit kayunya telah kering. Damar hutan digunakan sebagai sumber cahaya disamping pelita minyak tanah yang di buat sendiri. Lantai rumah yang ngokngek ngokngek tidak rata terasa seperti orang sedang berjoget dan beronggeng dansa , menjadi tempat penginapan yang cukup selesa bagi mereka. Tiada peruntukan membina rumah, cuma gotong royong dalam kalangan mereka dengan menjamu nasi berlaukan ikan kering, ikan sungai masak lemak , gulai kulat sisir bersama pucuk paku , berulam kerdas , jering relung dan petai cicah budu menjadi menu yang sungguh menjelirakan (menyelerakan) . JIka teringin mencicipi daging, mereka memasang jerat napuh, pelanduk , landak dan rusa yang tidak sukar di perolehi. Begitulah indahnya semangat kekitaan pada masa itu. Sementara menunggu pokok pokok getah membesar mereka menanam ubi kayu, ubi keledek (ubi stelo ) menugal jagung, pisang , padi huma , tebu , sayur sayuran dan buah buahan untuk menampung kehidupan. Tanaman tersebut sentiasa diserang musuh seperti kera, kakoh, monyet, lutong dan beruang. Diwaktu malam pula , kedengaran sayup sayup suara serigala bersahut sahutan menambahkan lagi debaran . Mereka terpaksa menyalakan unggun api untuk mengelakan kehadiran haiwan pemusnah tersebut. Rutin harian mereka menyemai benih dan menyulat (mengganti) anak getah yang mati di sondol babi hutan.
Land Rover Pengangkutan Utama
Jenis Land Rover yang digunakan penduduk awal Mengkebang
(Gambar : carian internet)
Keadaan jalan seperti ini sangat menguji kecekapan pemandu yang berulang alik dari Mengkebang ke Gucil . Land Rover yang uzur dan tak sempurna menjadi pilihan penduduk Mengkebang untuk TUBEK (keluar pekan) menjual komoditi mereka di Pekan Gucil dan Bandar Kuala Krai (KK). Pernah berlaku peristiwa kemalangan ngeri di Bukit Batu (Bukit Tonggek) . Land Rover yang dipandu Pak Yeh membawa Penyelia Tanah (nama lupa) ke Hospital KK mengalami masalah gear (gear loose) jungkir balik beberapa kali semasa menuruni bukit mengakibatkan penyelia berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian . Ketika itu ayahanda Hj Che Soh ada bersama dalam kenderaan terbabit. Ayah, Pak Will (gemulah ) dan beberapa orang lagi di rawat di hospital KK selama beberapa hari. Peristiwa tersebut masih segar dalam ingatanku (setiap kali melalui bukit tersebut) walau pun masa itu aku masih berumur kira kira 10 tahun dan bersekolah di Kampung Batu Hitam Pasir Puteh , tinggal bersama datuk Majid.
Banjir Besar 1967
Peristiwa banjir besar tahun 1967 yang melanda negeri Kelantan turut menenggelamkan bandar Kuala Krai dan Gucil mengakibatkan semua hubungan terputus. Taburan hujan yang luar biasa menyebabkan air sungai Kelantan ditangga Bradley (tangga Krai) melepasi paras bahaya . Bekalan makanan terpaksa dicatu. Air mencecah pokok kelapa , menghanyutkan rumah rumah penduduk , memusnahkan harta dan jiwa .
Gambar internet : Banjir besar kelantan 1967.
RKT Mengkebang tidak terkecuali menerima musibah ini. Semua tanaman getah dan kebun peneroka turut musnah termasuk ternakan lembu kambing ayam itik mati dihanyutkan air. Ketika itu kami terperangkap beberapa hari di Gucil dalam perjalanan balik ke kampung di Pasir Puteh melihat datuk Majid yang sakit. Kami terpaksa menumpang di rumah Penyelia En Haris (kalau tak salah) dan beliau bertungkus lumus membantu menguruskan bantuan makanan kepada mangsa banjir termasuk kami. Pengalaman merasai makan nasi beras merah (beras campur) berlauk ikan kering yang dicatu adalah hidangan istimewa di kala menghadapi kesusahan begini. Setelah beberapa lama terkandas dan banjir mulai surut, kami bergegas balik ke kampung Batu Hitam melihat datuk yang sedang sakit. Allah menyayanginya, selang beberapa lama di Kampung , Datuk telah kembali menemui Tuhan. semoga Allah meredhainya. Amin Ya Rabbal Alamin. Setelah lebih empat puluh hari pemergian datuk, ayah bersama mak su dan adik kembali ke Mengkebang ,tinggal lah aku bersama Pak Teh (Bapa Saudara) di kampung meneruskan persekolahan di SK GONG GARU dalam Darjah 5.
Getah Mula Menitik
Mengkebang meniti arus pembangunan
Beberapa dasawarsa yang lalu, Mengkebang masih dipenuhi hutan dan banyak lagi tanah-tanah yang tidak diusahakan. Namun setelah Kerajaan membina rangkaian jalan menghubungkan Kuala Krai- Gua Musang sebagai laluan utama untuk ke Kuala Lumpur, Mengkebang mendapat tempias arus pembangunan. Jalan raya dari Gucil - Mengkebang dibina dan siap sepenuhnya sekitar tahun 1993 . Jalan ini menjadi laluan alternatif pengguna ke Gua Musang dan Kuala Lumpur ketika musim perayaan. Kini setelah melewati empat dekad, Mengkebang menjadi sebuah mukim yang maju berkembang pesat dengan bekalan elektrik dan air yang sempurna. Sebuah sekolah Menengah iaitu SMK Batu Mengkebang berasrama siap dibina pada tahun 1989-1990 (jika tidak silap) untuk menampung pendidikan anak-anak di peringkat menengah . Sekolah tersebut telah dirasmikan YB Menteri Pendidikan pada masa itu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Mengkebang menjadi sebuah daerah yang bertuah kerana sering menerima lawatan pembesar negara . Sebuah Masjid baru telah siap dibina menggantikan Masjid lama yang uzur . Imam Mukim Mengkebang (Imam Tua) ialah Tuan Haji Che Soh bin Majid juga selaku pendaftar nikah merupakan imam yang paling lama berkhidmat ( 30 tahun) disini (gambar -atas ) . Masjid baru tersebut dilapurkan menelan belanja lebih RM 1 juta yang diumumkan TPM Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (gambar atas ) semasa kunjungannya dalam bulan Januari , 2008 . Pejabat KESEDAR juga beroperasi sepenuhnya untuk memberikan khidmat nasihat kepada peneroka. Dalam masa terdekat Balai Polis Mengkebang akan di bina ( jangkaan penulis) berdasarkan tapaknya siap berpagar bertentangan dengan Masjid lama di PUSAT (central Mengkebang ) menggantikan Pondok Polis sedia ada. Dengan adanya pelbagai agensi kerajaan beroperasi sepenuhnya menjadi pemangkin pembangunan Mengkebang seperti Gucil dan Kuala Krai. Nilai hartanah melonjak drastik dengan kemudahan insfrastruktur yang cukup. Penduduk Mengkebang ketika ini dianggarkan seramai lebih lima belas ribu orang dan ramai anak anak generasi kini bekerja sebagai pegawai kerajaan , guru, pengetua , pegawai polis , pegawai tentera , pensyarah , doktor dan usahawan yang berjaya dalam bidang masing-masing. Mengkebang juga telah menjadi sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) sendiri sejak beberapa tahun lalu. Tidak siapa menduga Mengkebang yang suatu ketika dahulu merupakan tempat bermukimnya haiwan liar ,berubah wajah menjadi sebuah daerah moden yang mudah dicapai oleh sesiapa saja melalui rangkaian sistem maya, internet .
Refleksi Penulis
Gambaran senario tersebut di atas adalah berdasarkan memori penulis yang membesar di daerah ini dan mengalami sendiri pahit getir semasa bersekolah di Sultan Yahya Petra Secondary School (SYPSS) , kini ( SMK SULTAN YAHYA PETRA 1) dalam tahun 1969-1970 (remove class).
Masih terkenang memakai uniform sekolah seluar warna kuning baju putih bergosok kanji supaya kelihatan keras dan bersih . Ketika itu Pengetuanya ialah MR. Abd. Malik seorang yang bengis dan ditakuti semua pelajar. Kepada rakan-rakan sekelas yang masih ingat semasa kita sama-sama merangkak belajar Bahasa Inggeris bersama Miss Wan Peng (masih ingat) nostalgia indah ini menjadi lipatan sejarah hidup yang sukar dilupakan. Rakan sekelas saya ialah Ab.Aziz Derashid (Wakil Rakyat Kuala Balah), Teh Eh Heng dan Zabidi Hassan (sekadar ingatan )kini telah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Penulis tinggal bersama keluarga Pak Cik Pa ( Hj Jaafar Mat) di Quaters Railway Station Kuala Krai sebelum menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh . Refleksi ini menghimbau kenangan penulis ketika musim cuti sekolah menjadi gembala lembu di ladang getah sempadan hutan simpan ( forest reserve) tepi sungai , Blok Hulu Kelantan . Sementara menunggu ternakan memagut rumput, penulis menebas semak samun di dada lorong getah yang sedang membesar . Kenangan ini dirasakan penting untuk dikongsi bersama generasi sekarang yang tidak pernah merasai kesusahan hidup sepertimana orang terdahulu , mudah mudahan menjadi ibrah dan tamsil betapa sukarnya membina sebuah kehidupan . Benar kata pepatah, "Kalau tidak dipecahkan Ruyung manakan dapat sagunya" dan "Berakit rakit ke hulu berenang renang ketepian " . Generasi terawal telah pergi meninggalkan kita buat selamanya namun jasa bakti mereka dapat dilihat, dirasai dan di nikmati anak-anak mereka . Hargailah jasa mereka yang terpaksa berkorban memerah keringat ,darah dan air mata membangun sebuah kehidupan yang selesa untuk anak-anak mereka dengan hasil komoditi getah semasa melambung mencapai harga RM8 hingga RM9 sekilogram . A good life does not just happen, its build in a daily prayer, sacrifice , humanity and love. No success without sacrifice.
Che'Yahya Che'Soh.
sam/csyahya/722011

Transformasi penduduk bermula sedikit demi sedikit dengan adanya kemudahan pengangkutan Land Rover (lighaba-dailek Kelantan) yang digunakan untuk membawa hasil tanaman berupa buah-buahan dan sayuran ke Pekan Gucil sejauh 13km melalui jalan berbukit curam yang menggerunkan. Jika musim hujan, jalan licin, lecah (becak) dan berselut hingga paras betis . Pengalaman menolak Land Rover yang tersekat dalam selut merupakan fenomena biasa bagi peneroka. Mereka sudah mangli dengan keadaan seperti ini. Mereka tidak punya pilihan kerana itulah satu satunya penghubung yang boleh digunakan.
Jenis Land Rover yang digunakan penduduk awal Mengkebang
(Gambar : carian internet)
Keadaan jalan seperti ini sangat menguji kecekapan pemandu yang berulang alik dari Mengkebang ke Gucil . Land Rover yang uzur dan tak sempurna menjadi pilihan penduduk Mengkebang untuk TUBEK (keluar pekan) menjual komoditi mereka di Pekan Gucil dan Bandar Kuala Krai (KK). Pernah berlaku peristiwa kemalangan ngeri di Bukit Batu (Bukit Tonggek) . Land Rover yang dipandu Pak Yeh membawa Penyelia Tanah (nama lupa) ke Hospital KK mengalami masalah gear (gear loose) jungkir balik beberapa kali semasa menuruni bukit mengakibatkan penyelia berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian . Ketika itu ayahanda Hj Che Soh ada bersama dalam kenderaan terbabit. Ayah, Pak Will (gemulah ) dan beberapa orang lagi di rawat di hospital KK selama beberapa hari. Peristiwa tersebut masih segar dalam ingatanku (setiap kali melalui bukit tersebut) walau pun masa itu aku masih berumur kira kira 10 tahun dan bersekolah di Kampung Batu Hitam Pasir Puteh , tinggal bersama datuk Majid.
Banjir Besar 1967
Peristiwa banjir besar tahun 1967 yang melanda negeri Kelantan turut menenggelamkan bandar Kuala Krai dan Gucil mengakibatkan semua hubungan terputus. Taburan hujan yang luar biasa menyebabkan air sungai Kelantan ditangga Bradley (tangga Krai) melepasi paras bahaya . Bekalan makanan terpaksa dicatu. Air mencecah pokok kelapa , menghanyutkan rumah rumah penduduk , memusnahkan harta dan jiwa .
Gambar internet : Banjir besar kelantan 1967.
RKT Mengkebang tidak terkecuali menerima musibah ini. Semua tanaman getah dan kebun peneroka turut musnah termasuk ternakan lembu kambing ayam itik mati dihanyutkan air. Ketika itu kami terperangkap beberapa hari di Gucil dalam perjalanan balik ke kampung di Pasir Puteh melihat datuk Majid yang sakit. Kami terpaksa menumpang di rumah Penyelia En Haris (kalau tak salah) dan beliau bertungkus lumus membantu menguruskan bantuan makanan kepada mangsa banjir termasuk kami. Pengalaman merasai makan nasi beras merah (beras campur) berlauk ikan kering yang dicatu adalah hidangan istimewa di kala menghadapi kesusahan begini. Setelah beberapa lama terkandas dan banjir mulai surut, kami bergegas balik ke kampung Batu Hitam melihat datuk yang sedang sakit. Allah menyayanginya, selang beberapa lama di Kampung , Datuk telah kembali menemui Tuhan. semoga Allah meredhainya. Amin Ya Rabbal Alamin. Setelah lebih empat puluh hari pemergian datuk, ayah bersama mak su dan adik kembali ke Mengkebang ,tinggal lah aku bersama Pak Teh (Bapa Saudara) di kampung meneruskan persekolahan di SK GONG GARU dalam Darjah 5.
Getah Mula Menitik
Hasil jerih payah peneroka selama bertahun tahun akhirnya mereka mendapat rezeki menambahkan pendapatan apabila pokok getah mula menitik mengeluarkan susu .
Sejak awal pagi sesudah menunaikan kewajiban kepada Illahi , mereka menuju ladang getah untuk menoreh. Dengungan musik yang mengganggu cuping telinga memaksa mereka memasang ubat nyamuk semasa menoreh. Tidak saja nyamuk, mereka juga berperang dengan pacat yang sangat peka dengan bau manusia. Sesekali terserempak dengan sekumpulan anak-anak babi yang sedang berpesta menyodok tanah mencari makanan . Kumpulan babi terus melarikan diri kedalam hutan sebaik mendengar jerkah (jeritan) penoreh . Demikian sepintas nostalgia yang masih tersemat dalam ingatan penulis . Penoreh membina Pondok MESIN GETAH untuk memproses getah keping. Getah yang siap di mesin nipis di jemur dan di biarkan kering selama beberapa hari sebelum di jual kepada tok peraih . Peraih mengumpulkan hasil belian mereka untuk di jual di Pekan Gucil dengan Land Rover. Land Rover yang sarat muatan getah dengan penumpang terpaksa berdiri bergantungan di belakang memegang besi palang melalui jalan berbukit kerikil berdebu merupakan senario biasa pada waktu itu. Tidak ada rasa gayat, takut dan risau yang penting mereka selamat sampai di Gucil untuk menjual hasil getah kepada Tauke Cina MEK SOM setiap hari .

Sekolah Kebangsaan Batu Mengkebang
Menyedari pentingnya ilmu pengetahuan sebagai tunjang kehidupan , penduduk sepakat membina sebuah sekolah kayu berdinding papan di Pusat (central Mengkebang) . Sekolah tersebut ialah SK Batu Mengkebang (SKBM) . Guru Besar pertamanya Allahyarham Che gu Siddik dan menerima pelajar-pelajar sekitar Mengkebang, Bechah Salak, Pahi dan Gertak Kangkong. Sekolah yang dhaif dan serba kekurangan ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat peneroka menghantar anak-anak mereka. Dalam masa yang sama sebuah sekolah Agama Rakyat As Saadah dibangunkan secara gotong royong untuk memberi didikan agama kepada anak-anak . Pengasasnya ialah Hj Che Soh Majid bersama beberapa orang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) terdiri daripada Allahyarham Ustaz Sulaiman dan Sdra. Ab.Malik manakala tenaga pengajar terdiri daripada anak-anak tempatan yang mendapat pendidikan di Kuala Krai dan Pasir Puteh . Mereka tidak mengenakan bayaran hanya sagu hati saja, ikut kemampuan. Kini sekolah sekolah tersebut mencipta kejayaan dengan mengeluarkan ramai pelajar yang menyambung pengajian ke IPTA dan mendapat pekerjaan yang baik dalam sektor awam dan swasta.
Menyedari pentingnya ilmu pengetahuan sebagai tunjang kehidupan , penduduk sepakat membina sebuah sekolah kayu berdinding papan di Pusat (central Mengkebang) . Sekolah tersebut ialah SK Batu Mengkebang (SKBM) . Guru Besar pertamanya Allahyarham Che gu Siddik dan menerima pelajar-pelajar sekitar Mengkebang, Bechah Salak, Pahi dan Gertak Kangkong. Sekolah yang dhaif dan serba kekurangan ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat peneroka menghantar anak-anak mereka. Dalam masa yang sama sebuah sekolah Agama Rakyat As Saadah dibangunkan secara gotong royong untuk memberi didikan agama kepada anak-anak . Pengasasnya ialah Hj Che Soh Majid bersama beberapa orang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) terdiri daripada Allahyarham Ustaz Sulaiman dan Sdra. Ab.Malik manakala tenaga pengajar terdiri daripada anak-anak tempatan yang mendapat pendidikan di Kuala Krai dan Pasir Puteh . Mereka tidak mengenakan bayaran hanya sagu hati saja, ikut kemampuan. Kini sekolah sekolah tersebut mencipta kejayaan dengan mengeluarkan ramai pelajar yang menyambung pengajian ke IPTA dan mendapat pekerjaan yang baik dalam sektor awam dan swasta.
Mengkebang meniti arus pembangunan
Beberapa dasawarsa yang lalu, Mengkebang masih dipenuhi hutan dan banyak lagi tanah-tanah yang tidak diusahakan. Namun setelah Kerajaan membina rangkaian jalan menghubungkan Kuala Krai- Gua Musang sebagai laluan utama untuk ke Kuala Lumpur, Mengkebang mendapat tempias arus pembangunan. Jalan raya dari Gucil - Mengkebang dibina dan siap sepenuhnya sekitar tahun 1993 . Jalan ini menjadi laluan alternatif pengguna ke Gua Musang dan Kuala Lumpur ketika musim perayaan. Kini setelah melewati empat dekad, Mengkebang menjadi sebuah mukim yang maju berkembang pesat dengan bekalan elektrik dan air yang sempurna. Sebuah sekolah Menengah iaitu SMK Batu Mengkebang berasrama siap dibina pada tahun 1989-1990 (jika tidak silap) untuk menampung pendidikan anak-anak di peringkat menengah . Sekolah tersebut telah dirasmikan YB Menteri Pendidikan pada masa itu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Mengkebang menjadi sebuah daerah yang bertuah kerana sering menerima lawatan pembesar negara . Sebuah Masjid baru telah siap dibina menggantikan Masjid lama yang uzur . Imam Mukim Mengkebang (Imam Tua) ialah Tuan Haji Che Soh bin Majid juga selaku pendaftar nikah merupakan imam yang paling lama berkhidmat ( 30 tahun) disini (gambar -atas ) . Masjid baru tersebut dilapurkan menelan belanja lebih RM 1 juta yang diumumkan TPM Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (gambar atas ) semasa kunjungannya dalam bulan Januari , 2008 . Pejabat KESEDAR juga beroperasi sepenuhnya untuk memberikan khidmat nasihat kepada peneroka. Dalam masa terdekat Balai Polis Mengkebang akan di bina ( jangkaan penulis) berdasarkan tapaknya siap berpagar bertentangan dengan Masjid lama di PUSAT (central Mengkebang ) menggantikan Pondok Polis sedia ada. Dengan adanya pelbagai agensi kerajaan beroperasi sepenuhnya menjadi pemangkin pembangunan Mengkebang seperti Gucil dan Kuala Krai. Nilai hartanah melonjak drastik dengan kemudahan insfrastruktur yang cukup. Penduduk Mengkebang ketika ini dianggarkan seramai lebih lima belas ribu orang dan ramai anak anak generasi kini bekerja sebagai pegawai kerajaan , guru, pengetua , pegawai polis , pegawai tentera , pensyarah , doktor dan usahawan yang berjaya dalam bidang masing-masing. Mengkebang juga telah menjadi sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) sendiri sejak beberapa tahun lalu. Tidak siapa menduga Mengkebang yang suatu ketika dahulu merupakan tempat bermukimnya haiwan liar ,berubah wajah menjadi sebuah daerah moden yang mudah dicapai oleh sesiapa saja melalui rangkaian sistem maya, internet .
Refleksi Penulis
Gambaran senario tersebut di atas adalah berdasarkan memori penulis yang membesar di daerah ini dan mengalami sendiri pahit getir semasa bersekolah di Sultan Yahya Petra Secondary School (SYPSS) , kini ( SMK SULTAN YAHYA PETRA 1) dalam tahun 1969-1970 (remove class).
Masih terkenang memakai uniform sekolah seluar warna kuning baju putih bergosok kanji supaya kelihatan keras dan bersih . Ketika itu Pengetuanya ialah MR. Abd. Malik seorang yang bengis dan ditakuti semua pelajar. Kepada rakan-rakan sekelas yang masih ingat semasa kita sama-sama merangkak belajar Bahasa Inggeris bersama Miss Wan Peng (masih ingat) nostalgia indah ini menjadi lipatan sejarah hidup yang sukar dilupakan. Rakan sekelas saya ialah Ab.Aziz Derashid (Wakil Rakyat Kuala Balah), Teh Eh Heng dan Zabidi Hassan (sekadar ingatan )kini telah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Penulis tinggal bersama keluarga Pak Cik Pa ( Hj Jaafar Mat) di Quaters Railway Station Kuala Krai sebelum menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh . Refleksi ini menghimbau kenangan penulis ketika musim cuti sekolah menjadi gembala lembu di ladang getah sempadan hutan simpan ( forest reserve) tepi sungai , Blok Hulu Kelantan . Sementara menunggu ternakan memagut rumput, penulis menebas semak samun di dada lorong getah yang sedang membesar . Kenangan ini dirasakan penting untuk dikongsi bersama generasi sekarang yang tidak pernah merasai kesusahan hidup sepertimana orang terdahulu , mudah mudahan menjadi ibrah dan tamsil betapa sukarnya membina sebuah kehidupan . Benar kata pepatah, "Kalau tidak dipecahkan Ruyung manakan dapat sagunya" dan "Berakit rakit ke hulu berenang renang ketepian " . Generasi terawal telah pergi meninggalkan kita buat selamanya namun jasa bakti mereka dapat dilihat, dirasai dan di nikmati anak-anak mereka . Hargailah jasa mereka yang terpaksa berkorban memerah keringat ,darah dan air mata membangun sebuah kehidupan yang selesa untuk anak-anak mereka dengan hasil komoditi getah semasa melambung mencapai harga RM8 hingga RM9 sekilogram . A good life does not just happen, its build in a daily prayer, sacrifice , humanity and love. No success without sacrifice.
Che'Yahya Che'Soh.
sam/csyahya/722011
Saturday January 5, 2008
Grand plan for Kelantan
KUALA KRAI: The Federal Government has promised to make Kelantan an
Islamic civilisation centre of distinction if the Barisan Nasional (BN)
is returned to power in the state in the next general election.
Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said yesterday that the first step towards empowering Islam was to build mosques because mosques were centres for developing Islam.
He said the construction of mosques in Kelantan would continue to be
given priority even if the coalition lost in the general election but if
it won, the project to empower mosques would gain momentum.
“We hope to win because it would speed up the process of building
mosques and the Islamic civilisation centre in Kelantan,” he said at the
groundbreaking ceremony for a new mosque in AnNur, Guchil.
He said that unlike the BN, PAS had ruled in Kelantan for 18 years and yet had not built a single mosque.
“There was an attempt to build a mosque in Rantau Panjang during the silver jubilee celebration last year but until now, the project has yet to be completed. Where’s the Islam propagated by PAS if it can’t even build one mosque?” he said.
Najib was specially touched by the construction of the new AnNur mosque because 40 years ago, the original mosque was built with an allocation approved by his father Tun Abdul Razak Hussein, who was then the deputy prime minister.
“I’m touched that 40 years after my father came to open the mosque, which at that time cost RM35,000, what I (Federal Government) approved now is RM2.1mil. I’m also the Deputy Prime Minister now,” he said.
Later in Machang, Najib said the Opposition's claim that they would cut oil prices if they were to administer the country was irrational because world prices for the commodity had risen to US$100 (RM328) per barrel.
“This kind of talk is only to deceive the people whereas they know they can't do it (reduce the oil price),” he said when launching the BN Youth Election Machinery at the Sekolah Menengah Hamzah. – Bernama
Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said yesterday that the first step towards empowering Islam was to build mosques because mosques were centres for developing Islam.
He said that unlike the BN, PAS had ruled in Kelantan for 18 years and yet had not built a single mosque.
“There was an attempt to build a mosque in Rantau Panjang during the silver jubilee celebration last year but until now, the project has yet to be completed. Where’s the Islam propagated by PAS if it can’t even build one mosque?” he said.
Najib was specially touched by the construction of the new AnNur mosque because 40 years ago, the original mosque was built with an allocation approved by his father Tun Abdul Razak Hussein, who was then the deputy prime minister.
“I’m touched that 40 years after my father came to open the mosque, which at that time cost RM35,000, what I (Federal Government) approved now is RM2.1mil. I’m also the Deputy Prime Minister now,” he said.
Later in Machang, Najib said the Opposition's claim that they would cut oil prices if they were to administer the country was irrational because world prices for the commodity had risen to US$100 (RM328) per barrel.
“This kind of talk is only to deceive the people whereas they know they can't do it (reduce the oil price),” he said when launching the BN Youth Election Machinery at the Sekolah Menengah Hamzah. – Bernama
baru tau asal unsul kg saya.. tok ayah saya turut disebut sekali. terima kasih info.
ReplyDeleteTerima kasih mk aiman. seelamat menjalin silaturahmi .
ReplyDeletesalam. pok cik pa railway quarters masih sihat, boleh naik motor lagi
ReplyDeletePok cok pha ada lg tak? kalu ada saper2 tahu ttg dia. Nak gi jumpo mata dgn dia
DeletePok cik pha ni ada lg tak?
DeleteKalu ada, saya nk gi jumpo mata dgn dio.
Pm saya 019 836 2472.
salam. pok cik pa railway quarters masih sihat, boleh naik motor lagi
ReplyDeleteAaminn. Tq selalu jumpa kalau balik KK
ReplyDelete