Mengikut maklumat rakan -rakan yang menuju ke Pantai Timur siang tadi, Lebuh Raya Karak sesak teruk dengan warga kota yang pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab dan kewajiban kepada negara pada Ahad 5 Mei 2013. Mudah-mudahan perjalanan rakan-rakan dan sahabat handai selamat sampai ke destinasi. Berhati-hati lah memandu, jangan terburu-buru dengan mengambil laluan kecemasan bagi mengelakan kejadian yang tidak di ingini.Beretika di jalan raya merupakan sifat orang terpuji. Selamat mengundi .
csyahya 3 Mei,2013.
No comments:
Post a Comment