Thursday, May 23, 2013

Insan istimewa semangat luar biasa
KHALILAH GUSTI
23 Mei 2013
Insan istimewa semangat luar biasa
Nick Vujicic
Insan istimewa semangat luar biasa
Vujicic yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki menjelajah 46 negara untuk menyampaikan mesej kasih sayang.
 
PETALING JAYA – Dilahirkan tanpa kaki dan tangan, kisah hidup Nick Vujicic yang sering menjadi mangsa buli di sekolah ternyata menyentuh hati lebih 3,000 penuntut Universiti Sunway, di sini.

Ada yang tidak mampu menahan air mata. Betapa ia menzahirkan kekuatan insan istimewa seperti Vijicic mampu mengubah persepsi dunia.

Ketika orang lain sering menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk meraih simpati, tetapi Vijicic menjadikan kecacatan sebagai pembakar semangat untuk mencipta keajaiban, sekali gus menjadikan dirinya sumber inspirasi kepada jutaan manusia di seluruh dunia.

“Saya sudah jelajah 46 negara, bercakap di lebih 500 sekolah dan berhadapan dengan jutaan orang dalam usaha menyampaikan mesej betapa pentingnya kasih sayang dan harapan.

“Saya pernah mahu bunuh diri, pernah putus asa dan menangis, tapi ada seorang insan yang menyebabkan saya berubah dan bangkit daripada kekecewaan.

"Dia sentiasa memuji saya. Dia bukan ibu, bukan bapa, bukan guru atau kawan saya; dia adalah seorang tukang cuci di sekolah saya,” katanya.

Vujicic, 30, berkata, hanya dengan kasih sayang dan harapan, seseorang mampu memotivasikan dirinya sendiri dan orang lain.

“Tukang cuci itu memberikan saya inspirasi. Dia menjadi alasan untuk saya melihat dunia. Sejak itu, saya nekad. Saya juga mahu menjadi sebab kepada orang lain untuk terus hidup,” katanya.

Hadir sama pada ceramah motivasi oleh Vijicic ialah Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Sunway, Lee Weng Keng; Pengawah Eksekutif Kanan, Elizabeth Lee dan Penasihat Canselor, Profesor Graem Wilkinson.

Jejaka Serbia, kelahiran Melbourne, Australia itu mula aktif sebagai penceramah pada usia 17 tahun, dengan  menubuhkan NGO yang dinamakan Live Without Limbs.

Dia turut mencipta sebuah lagu motivasi bertajuk Something More dan menulis buku Life Without Limits: Inspiration for a Ridiculously Good Life dan Unstoppable: The Incredible Power of Faith in Action.

Vujicic turut menceritakan kisah silamnya yang sering berdoa supaya dianugerahkan sepasang kaki dan tangan supaya kelihatan sama dengan orang lain. Dia terlalu percaya kepada keajaiban sehingga menyimpan sepasang kasut di dalam almari.

Namun akhirnya dia sedar, tiada satu pun di dunia ini yang sempurna dan setiap manusia dilahirkan, berbeza. Dia melihat kekurangan diri sebagai satu-satunya kelebihan yang dia ada.

“Saya akan terus menjadi pakar motivasi. Jika ditakdirkan lahir semula pun, saya masih akan memilih menjadi apa yang saya jadi sekarang. I love the imperfect me (saya cinta diri saya yang tidak sempurna ini),” katanya.

Pada 1990, Vujicic dianugerahkan gelaran Remaja Australia Terbaik kerana ketabahan dan keberaniannya dan sekali lagi dicalonkan untuk gelaran yang sama pada 2005.

Vujicic dan isterinya, Kanae Miyahari, menimang cahaya mata pertama pada 13 Februari lalu, sehari selepas menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka.

Bayi comel tersebut diberi nama Kiyoshi James Vujicic.


Sinar Harian
Khamis 23 Mei,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...