sebuah panorama alam ciptaan Ilahi (bukan semulajadi)
yang menakjubkan.
sumber : Ehsan Cikgu Ross
Melihat alam ciptaan Tuhan menimbulkan keinsafan.Siapakah
menanam tumbuhan-tumbuhan dan rumputan yang bertebaran.
Suasana kehidupan jauh di pedalaman yang sunyi dan
mendamaikan fikiran kendatipun kelihatan serba kekurangan
Lihatlah dengan mata hati ketenangan tasik membiru berlatarkan
bukit menghijau menambah tadabbur terhadap ciptaan Tuhan.
Kabus muncul di celah-celah bukit. Bila datangnya sinar hilanglah
ia dari pandangan. Benar kata Ahmad Jais (Allahyarham) dalam
lagunya "Mengharap sinar menelan kabus".
Alam dan manusia saling bergantung antara satu sama lain. Kebergantungan manusia,haiwan dan tumbuhan terhadap alam membentuk ekosistem kehidupan yang seimbang. Sayangnya kemusnahan alam semakin menjadi-jadi kerana kerakusan manusia menjana modal ekonomi tanpa memikirkan risiko yang terjadi kepada generasi terkemudian.Hutan di teroka secara berleluasa, menebang dan menggondol bukit sehingga mengundang mala petaka kepada manusia. Suhu meningkat,panas melampau kerana kawasan tadahan hujan telah lenyap. Ekologi hutan turut musnah sehingga mengancam kehidupan haiwan dan hidupan lain yang terpaksa mencari habitat baharu untuk memulakan kehidupan mereka.Sungai yang jernih tempat bermain anak-anak ikan bertukar keruh kekuningan akibat penerokaan hutan secara berleluasa. Selagi manusia tidak beradab dengan alam selama itu lah kemusnahan terus berlaku walau pun musibah berlalu di depan mata setiap masa. Benarlah firman Allah 'kerusakan yang berlaku di daratan dan lautan kerana ulah tangan-tangan manusia" .
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Jumaat 31 Mei,2013.
No comments:
Post a Comment