Saya sangat menghargai setiap jasa dan khidmat bakti tuan/puan dalam mendidik dan mengharumkan nama sekolah kita.Sudah lebih satu tahun saya berada di SMKSB@STAR, secara peribadi saya melihat kekompakan (keakraban) dalam kalangan guru-guru sangat membanggakan.Semuanya nampak bertanggungjawab dan ikhlas melaksanakan tugas. Tiada rakan-rakan yang celika(culas) dan curi tulang semasa bekerja.Keharmonian yang wujud perlu kita kekal dan tambahbaik setiap masa bagi menjamin pembentukan budaya yang sihat untuk menjadi contoh dan teladan kepada pelajar. Guru bertugas penuh dedikasi hingga sampai petang masih berada di sekolah menyiapkan kerja dan menanda buku pelajar.Hari Sabtu pun ramai guru datang ke sekolah walau pun cuti hujung minggu.
Warna sekolah
Persekitaran sekolah yang menarik ,bersih dan ceria mempengaruhi motivasi kerja kerana kesejukan halaman dengan rimbunan pokok dan bunga-bungaan menjadi resipi kegairahan bekerja. Seperti yang telah selalu saya tegaskan kita mesti mempamerkan sikap terpuji yang boleh di contohi pelajar setiap masa.Ketepatan masa menjadi indikator orang berpendidikan kerana disiplin diri mecerminkan nilai integriti seseorang penjawat awam.Bersama kita buktikan kejayaan melalui kerjasama padu dan komitmen yang tinggi untuk kecemerlangan sekolah. Terima kasih Che'gu.Saya menyayangi anda semua sebagaimana saya sayang organisasi kita.
Sekolah kita semakin ceria dan kian bercahaya
Sekolah kita semakin ceria dan kian bercahaya
Pengetua SMKSB@STAR
Ahad 30 Jun,2013.
No comments:
Post a Comment