Tuesday, June 4, 2013

S. Shamsuddin dalam kenangan

Pelakon, pelawak komedi yang bersahaja menjadi penghibur kepada rakyat Malaysia terutama bagi golongan saluran satu dan dua meninggalkan kenangan yang sukar di lupakan. Seorang pelakon berbakat yang sangat di senangi ramai, S.Samsuddin telah kembali kepangkuan Ilahi pada hari Selasa 4 jun 2013 di Singapura, negara kelahirannya dalam usia 84 tahun.Sesungguhnya janji Allah adalah benar, apabila sampai ajal tidak dilewat dan dipercepatkan walau pun sesaat.Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai mati.Kita yang masih lagi bernafas, perlu mengambil iktibar dan muhasabah diri bahawa hidup ini akan tiba kepada garis penamat yang dirahsiakan Tuhan.

Seniman berbobot

Pelakon sezaman dengan Allayarham Tan Sri P.Ramlee,AR Tompel dan Datuk Aziz Satar, S.Shamsuddin merupakan seniman berbobot dalam membawa watak komedi yang sungguh berkesan.Memang sukar mencari pelakon setanding Allahyarham di zaman ini.Gaya bahasa,perawakan dan gerak gerinya sewaktu memegang sesuatu watak sungguh autentik bukan di buat-buat menyebabkan kita terpesona dengan gaya lakonan beliau apa lagi jika bertemu Ramlee dan Ajis membuatkan kita sakit perut menahan ketawa. Begitulah hebatnya mereka bertiga.Semoga Allah menempatkan beliau bersama orang-orang beriman.

 
Sudin (tengah)Ramlee dan Ajis
Sumber:malaysiandigest.com


Che'Yahya Che'Soh
Peminat Sudin .Serangkai Al Fatihah dari saya buat Allahyarham S Shamsuddin.
Selasa 4 Jun 2013.




No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...