Mulai 2-5 Julai nanti SMKSB@STAR akan menganjurkan Minggu Pendidikan Khas (PPKI) bagi mempamerkan keupayaan anak-anak kami yang berkelainan upaya membuktikan kemampuan mereka dalam bidang pendidikan. Minggu Pendidikan Khas ini merupakan usaha murni guru-guru PPKI terutama Che'gu Hidayat yang berusaha bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja dan surat-surat panggilan kepada sekolah-sekolah dan pertubuhan NGO di Wilayah persekutuan dan Selangor.Sehingga kini beberapa dermawan telah menyumbangkan derma untuk membantu meningkatkan kecemerlangan anak-anak PPKI SMKSB@STAR. Majlis perasmian akan diadakan pada hari Isnin 1 Julai,2013 di Dewan Bestari.
Saya minta semua guru aliran perdana dan PPKI menjayakan majlis ini dengan semangat pendidikan untuk semua bertujuan menyantuni anak-anak kita tanpa mengira keupayaan dan kebolehan mereka (IQ dan EQ). Bagi pihak sekolah saya merakamkan ucapan dan penghargaan terima kasih kepada Jawatankuasa dan Penolong Kanan PPKI dalam merealitikan hasrat menjadikan program ini mencapai matlamat untuk mendapatkan sebuah kenderaan (bas) bagi kegunaan anak-anak PPKI SMKSB@STAR.
Persembahan menarik pelajar PPKI SMKSB@STAR
Pelajar PPKI sedang beratur menaiki bas sekolah

Terima Kasih.
Pengetua SMKSB@STAR
Jumaat 28 Jun,2013.
No comments:
Post a Comment