Bicara profesional Pengarah bersama Pengetua/Guru Besar hari ini mengetengahkan beberapa isu dan permasalahan pokok yang perlu di laksanakan di peringkat sekolah secara konsisten dan berfokus untuk pembangunan organisasi dalam merealisasi mandat yang di terima dari Kementerian Pelajaran Malaysia.Perjumpaan sebulan sekali ini menjadi wadah penting untuk mengetahui perkembangan semasa mengenai pencapaian sekolah dalam setiap bidang.Pengarah juga menyentuh tentang pelaksanaan PBS, SKPM , LINUS, SSQS dan Band Sekolah. Menurut beliau Pengetua perlu mentaksir sekolah melalui peningkatan Band berdasarkan naziran yang di lakukan oleh Jemaah Nazir Sekolah.Pengetua/Guru Besar berkeupayaan menilai organisasi mereka melalui perancangan strategi yang dilakukan untuk mengoptimumkan pencapaian pelajar.
Peningkatan Band
SMKSB@STAR antara lima buah sekolah di Wilayah Persekutuan yang meningkat kedudukan dari band 5 ke band 4 sepertimana yang disampaikan oleh Tuan Pengarah dalam ucapan beliau pagi tadi.Sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur umumnya dalam band 1 hingga band 6. Mentaksir melalui peningkatan band bermakna Pengetua sentiasa peka dengan pembangunan organisasi sekolahnya kerana pengurusan yang berfokus kepada 'data driven' akan menghasilkan keputusan yang cemerlang.Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih setinggi-tinggi kepada barisan pimpinan dan guru-guru SMKSB@STAR kerana sumbangan tenaga dan pengorbanan tuan/puan sehingga kedudukan band sekolah kita telah bertambah baik.Ungkapan yang senentiasa saya sebut Fair, Good, Great,Excellent where are we ? sebenarnya untuk melihat status quo samada kita selesa dengan keadaan semasa atau perlu berubah. Alhamdulillah sudah mula menampakan peningkatan.
Jadi suntikan semangat
Kejayaan merubah status dari band 5 ke band 4 menjadi suntikan semangat kepada setiap warga SMKSB@STAR untuk berusaha dengan lebih gigih dan tekun merobah warna sekolah. Pencapaian akademik cemerlang berimbang dengan pembabitan dalam ko kurikulum dan sahsiah menjadi mercu tanda kegemilangan sekolah. Tahun lepas (2012) dua orang pelajar Dinisha dan Maggie Ng memenangi Award Chef Competition tajaan KDU College.Ketika ini mereka sedang berada di Switzerland (Zurich IMI University) bersama seorang Guru Pengiring Puan Koay.Nama SMKSB@STAR kini di kenali di Eropah kerana pencapaian dalam bidang tersebut.
Salah seorang pelajar Maggie Ng (2012) memenangi
Award Chef Competition tajaan KDU College
SMKSB is a STAR school.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Rabu 19 Jun,2013.

No comments:
Post a Comment