Walau pun bulan Puasa masih lagi sebulan , namun persiapan menyambut Ramadhan dalam kalangan rakyat Malaysia telah bermula. Hotel-hotel terkemuka menyediakan menu juadah berbuka dengan harga siap tersenarai melalui banner terpampang di premis masing-masing.Kenderaan awam terutamanya bas dan keretapi memaklumkan tiket-tiket perjalanan untuk berhari raya mula di buka dan siap untuk di tempah awal oleh pengguna yang ingin pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing. Bazar Ramadhan siap beroperasi di seluruh ceruk negara sebaik sahaja menjelangnya 1 Ramadhan. Begitu lah semaraknya suasana puasa di negara ini. Seawal jam 3.00 petang orang ramai mula memenuhi pasar Ramadhan untuk membeli juadah hinggalah tiba di saat berbuka seolah-olah menjadi tempat pesta makanan di mana-mana saja di negara ini. Sesetengahnya berpakaian tidak menepati syarak menjadi bumbu mata setiap petang merupakan fenomena biasa setiap kali datangnya bulan mulia ini.
sumber:myvitrd.com
Gambar hiasan: berbagai kuih muih untuk
juadah berbuka puasa
sumber:myvitrd.com
Gambar hiasan: berbagai kuih muih untuk
juadah berbuka puasa
Budaya tarawih
Antara amalan dan tradisi selalu menjadi pertentangan dalam budaya hidup masyarakat Islam di negara ini. Awal Ramadhan menyaksikan tidak cukup tempat menampung jemaah yang datang bersembahyang di Masjid dan Surau sehingga terpaksa menghampar tikar dan sejadah di halaman kerana limpahan jemaah yang datang. Syukur kerana kesedaran mereka untuk mengambil berkat bulan mulia ini. Sayangnya apabila masuk pertengahan dan akhir puasa, jemaah semakin susut dan yang tinggal boleh di kira secara "headcount". Sebenarnya dalam beribadah, perkara yang paling pokok ialah istiqamah iaitu sentiasa konsisten dengan amalan walau pun sedikit. Ibadah yang dilakukan secara terpaksa dan terikut-ikut tidak mendatangkan ketenangan jiwa kerana budaya terawih seperti ini tidak mampu membentuk kepribadian muslim sejati.
sumber:shafiqolbu.wordpress.com
Bulan introspeksi diri
sumber:shafiqolbu.wordpress.com
Bulan introspeksi diri
Sesuai dengan namanya Ramadhan yang bermakna bulan panas membakar seharusnya umat Islam melakukan introspeksi diri daripada segala perbuatan yang tidak baik,jelek,jorok dan keji sepanjang sebelas bulan yang lalu. Kedatangan Ramadhan merupakan hadiah Tuhan kepada umat Islam untuk memperbaharui azam dan tekad menjadi hamba Tuhan yang bertaqwa. Bulan yang penuh kemuliaan kerana di turunkan Al Qur'an yang menjadi pembatas (Furqan) antara hak dan bathil dalam menjalani kehidupan duniawi yang bersifat fatamorgana ini.Mudah-mudahan kita semua di berikan petunjuk dan hidayah oleh Allah swt menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa setiap masa.
cerakin diri
Che'Yahya Che'Soh
Jumaat 14 Jun,2013
No comments:
Post a Comment