Kepengapan udara yang bercampur jerebu melanda negara mengundang berbagai simpton penyakit terutama kepada anak-anak kecil, ibu-ibu mengandung dan orang-orang tua yang uzur.Ramai yang batuk,pedih mata, tekak kering dan tidak selesa kerana respirasi terganggu.Partikel-partikel jerebu memasuki rumah mengeluarkan bau seperti tanah gambut terbakar.Jarak penglihatan sangat terbatas terutama semasa memandu.Pengguna jalan raya perlu memasang lampu kenderaan dan mematuhi had laju bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku.Sudah hampir sebulan hujan tidak membasahi bumi menyebabkan berleluasanya jerebu.Mengikut laporan dalam akhbar dan berita pembenihan awan tidak dapat dilakukan oleh pihak berwenang kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan. Semoga dalam sehari dua ini Tuhan akan menurunkan hujan untuk meredakan keadaan.
csyahya
Lembah Kelang
Isnin 24 Jun,2013.
No comments:
Post a Comment