Telah banyak di perkatakan oleh pakar-pakar perubatan dan pemakanan (nutritionist) bahawa makan yang berlebihan akan mendatangkan mudarat kepada manusia.Kandungan makanan yang terdiri dari lemak,protein dan karbohidrat yang tidak seimbang menyukarkan proses pencernaan badan sehingga menimbulkan berbagai-bagai komplikasi penyakit seperti diabetes, obesiti, kegagalan fungsi jantung dan berbagai simpton yang memberi impak kepada kesihatan diri.Masyarakat Malaysia terutama dalam kalangan penjawat awam mempunyai jadual makan 6 kali sehari semasa menghadiri kursus atau seminar di hotel-hotel besar melalui pakej mesyuarat yang telah di tetapkan.Sarapan pagi, waktu rehat, makan tengahari, minum petang, makan malam dan tengah malam sebaik selesai mesyuarat atau kursus merupakan pakej yang di sediakan.
Puasa dan kesihatan
Badan manusia memerlukan ruang yang cukup untuk mengisi peratus kandungan air, angin dan makanan.Keseimbangan ketiga-tiga unsur ini penting untuk menjamin kesihatan tubuh badan sentiasa kekal lestari walau pun usia terus bertambah.Perut menjadi punca segala penyakit kerana di sinilah tempat penyimpanan makanan selama beberapa ketika (jam) sebelum hadam dan di serap oleh pepsin dan renin iaitu dua jenis enzim yang berperanan untuk menghancurkan molekul makanan.Dalam perut juga terdapat Asid Hidroklorik yang berfungsi sebagai pencegah bakteria melalui makanan yang kita makan.Berpuasa merupakan kaedah terbaik mengurangkan penyakit dan menurunkan berat badan.Justeru pakar perubatan meminta pesakit berpuasa selama beberapa jam sebelum proses pembedahan di lakukan untuk memastikan molekul-molekul makanan hadam bagi mengelakan berlakunya komplikasi seperti muntah yang mempengaruhi prosedur anestasi(pembiusan).
Puasa penawar penyakit
Berpuasa menjadikan manusia kuat dan sihat walau pun nampak lemah dari segi fizikal tetapi sebenarnya kondisi badan tetap utuh. Buktinya badan rasa ringan, hilang sakit-sakit dan lenguh-lenguh sendi kerana paras gula dan kolestrol dalam darah menurun selama kita menjalani ibadah ini.Proses respirasi lancar kerana sistem peredaran darah tidak tersekat sehingga tugas jantung menjadi lebih mudah berbanding sebelum kita mengerjakan ibadah Ramadhan.Hebatnya Allah swt yang memerintahkan orang beriman mewajibkan berpuasa rupanya mengandungi hikmah tersendiri yang tidak manusia syukuri. Hebatnya Islam yang di datangkan Tuhan untuk menjadi rahmat ke sekelian alam.Jika kita inginkan kesihatan berpanjangan ikutlah sunnah Nabi saw yang sentiasa berpuasa walau pun bukan dalam bulan Ramadhan, sekurang-kurangnya Isnin-Khamis InsyaAllah akan mengekalkan kesihatan diri berpanjangan.Dua kegembiraan di nikmati orang beriman ialah semasa berbuka dan ketika bertemu Tuhannya.Ahlan Washlan Ya Ramadhan Al Mubarak.
sumber;kredit zaag2010.blogspot.com
Introspeksi puasa,
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Guru Biologi
Guru Biologi
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 29 Jun,2013.
No comments:
Post a Comment