Thursday, June 20, 2013

Insan Berhati Mulia

Pagi tadi sekitar jam 11.30 ketika Pengetua bersama Tukang kebun  En. Monasik Hassan meninjau tanaman dan pokok-pokok yang baru di tanam di hujung bucu tembok sekolah, seorang warga emas memberhentikan keretanya di tepi jalan kemudian membuka but dan terus mengangkat beberapa penutup simen longkang yang di bawa dari rumah untuk menutup longkang-longkang berlubang di bahu jalan kaki lima sekolah dengan bantuan seorang rakan beliau.Sungguh mulia hati warga emas ini yang sangat prihatin dengan keselamatan pelajar dan orang ramai yang melalui jalan tersebut. Saya mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sanggup bersusah payah walau pun bukan menjadi tanggungjawab dan tugas beliau melakukan kerja-kerja tersebut. Sayang sekali saya tidak bertanya namanya tetapi melalui perbualan beliau mengatakan cucunya  adalah pelajar SMKSB@STAR dalam Tingkatan 4.Nilai murni yang di tunjukan seharusnya menjadi ikon kepada setiap insan yang berhati mulia sepertinya. Seandainya ada 10 orang ahli masyarakat yang berminda pendidikan seperti beliau nescaya amanlah  sesebuah  komuniti tersebut. Terima Kasih UNCLE .


Pengetua SMKSB@STAR
Khamis 20 Jun,2013

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...