Friday, June 14, 2013

Baik Buruknya FB dan Tweeter

Zaman teknologi yang serba digital memerlukan kewaspadaan pengguna dalam menapis dan menerima maklumat secara sah dan akurat kerana media elektronik menjadi pilihan pembaca bagi setiap peringkat umur seantero dunia. Globalisasi yang berlaku tanpa sempadan membuatkan setiap sumber berita yang di paparkan melalui Facebook, Tweeter, Skype dan pesanan ringkas (SMS) melalui mobile phone mudah di akses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akaun dan alamat email.Penggemar FB semakin meningkat dalam kalangan pengguna terutama remaja.














sumber gambar:iranovich.wordpress.com

Keperluan teknologi

Pembangunan bidang teknologi maklumat dalam alaf ini menjadi keperluan (necessity) bukan lagi lambang kemewahan (luxurious) kepada manusia.Setiap orang memiliki telefon tangan yang lengkap di programkan dengan  peralatan komunikasi yang sophisticated  sehingga dengan mudah mengakses maklumat dari sumber digital tanpa batas dan sempadan geografi. Kemampuan daya nalar manusia mencipta peralatan komputer sebagai manifestasi keunggulan ilmu pengetahuan menjadikan teknologi ini menguasai pasaran dunia.Google,Mozilla Firefox,Internet Explorer merupakan mesin pencari dan pembekal maklumat yang di perlukan oleh pengguna untuk mengeksplorasi sesuatu bahan atau berita yang di perlukan. Kepelbagaian maklumat yang terdapat dalam rangkaian internet sama ada yang bermanfaat atau sebaliknya begitu mudah di perolehi dengan hanya menekan klik tetikus pada enjin pencari yang di kehendaki akan di paparkan di layar skrin komputer.Demikian hebatnya teknologi manusia dalam abad ke 21 ini.

Manfaat teknologi

Memanfaatkan teknologi untuk meneroka perbendaharaan ilmu dalam setiap disiplin kehidupan menjadi sarana kemajuan diri. Menyalahgunakan teknologi untuk menyebarkan berita-berita yang belum tentu sah atau melayari laman-laman porno menyalahi etika dan pandangan Agama. Seumpama gunting berada di tangan seorang Dokter yang bertujuan untuk membedah pesakit tetapi jika alat tersebut berada di tangan seorang perompak ia di gunakan untuk menyamun dan membunuh orang.Melalui FB boleh mengundang berbagai salah tafsir yang boleh membawa kepada permusuhan antara sesama manusia.Antara manfaat, kebaikan dan keburukan menjadi pilihan manusia.Justeru selaku pengguna kita seharusnya mampu menyaring dan mencerna  setiap sumber maklumat benar-benar akurat untuk kebaikan umat sejagat.Menggunakan Face book, Tweeter dan peralatan komunikasi memberi pencerahan minda kepada pengguna selagi tidak melanggar tatacara dan adat resam kehidupan yang berteraskan kepada Tuhan.

Renungan..... 

Che'Yahya Che'Soh
SMKSB@STAR
Sabtu 15/6/13

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...