Saturday, June 8, 2013

Firefly perkenal laluan baru

Firefly perkenal laluan baru
Wartawan Sinar Harian
9 Jun 2013
Firefly
Laluan Johor Bahru-Pekan Baru adalah penerbangan antarabangsa pertama dari Johor oleh Firefly.
SYARIKAT penerbangan komuniti Firefly akan memperkenalkan perkhidmatan mingguan berjadual antara Johor Bahru dan Pekan Baru di Indonesia dari 1 Ogos 2013 hingga 31 Julai 2014.

Perkhidmatan itu adalah laluan antarabangsa pertama Firefly dari Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, syarikat itu ingin menyediakan pilihan perjalanan kepada penduduk di Johor dan menyasarkan penumpang dengan tujuan perniagaan dan pelancongan dari Johor Bahru dengan pembukaan laluan tersebut.

"Penerbangan terus, empat kali seminggu ini akan memudahkan pengguna di kawasan selatan Malaysia dan lokasi lapangan terbang yang hampir dengan pusat bandar akan membolehkan penumpang menjimatkan lebih banyak masa," katanya dalam satu kenyataan.

Firefly akan menggunakan sebuah pesawat turboprop ATR 72-500 milik syarikat itu bagi laluan terbaru ini.

Firefly yang juga anak syarikat milikan penuh Malaysia Airlines merancang menjadikan Johor Bahru sebagai hab penerbangan terbaru selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Pulau Pinang berikutan permintaan semakin tinggi di negeri itu.

Sinar Harian
Ahad 9 Jun 2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...