Wednesday, June 26, 2013

Mencerna minda melalui penulisan

Penulisan merupakan sebuah karya hasil pemikiran seseorang melalui pembacaan,pengalaman dan pengembaraan yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan sebagai kompilasi pandangan untuk berkongsi ilmu dengan pembaca. Ada orang menulis kerana menjadi tugas dan tanggungjawab rutin seperti wartawan dan karyawan yang mencari sumber berita untuk dihidangkan kepada pembaca sementara yang lain menulis kerana ingin menambah sumber pendapatan ,tidak kurang juga orang menulis semata-mata ingin mencari kepuasan.Menulis sebenarnya dapat mencerna minda menjadi lebih aktif kerana sel-sel saraf otak bertindak balas memberikan respon terhadap rangsangan yang datang dari luar.Secara psikologi orang yang malas berfikir akan melemahkan daya ingatan,kelihatan cepat tua  kerana sel-sel otak  tidak berfungsi dengan cergas sehingga mempengaruhi fizikal badan.

Keseimbangan minda

Secara anatomi proses pencernaan minda manusia di pengaruhi oleh struktur otaknya yang di kawal oleh ribuan saraf tersusun dalam Sistem Saraf Pusat (Central Nervous System) mengandungi organ utama iaitu medulla oblongata, serebrum dan sereblum yang berfungsi membangun kekuatan fizikal otak untuk keseimbangan pemikiran.Sebagai pusat keseimbangan pemikiran, peranan otak secara keseluruhan  menjadi indikator kecergasan jasmani dan rohani terutama kestabilan emosi seseorang.Gangguan pemikiran yang tidak terkendali memungkinkan berlakunya depresi yang berpanjangan sehingga segelintir individu sanggup menghabiskan riwayat diri.

Berfikir konstruktif
 
Memperkasa pemikiran bermakna membangun kekuatan sel-sel otak berfikir secara produktif mengeluarkan idea dan pandangan bernas melalui penulisan dan pembacaan secara berterusan.Para pemikir dalam berbagai disiplin ilmu tidak pernah mengenal erti kecewa dan putus asa dalam hidup walau pun berkali-kali mencuba masih belum berjaya seperti yang kita ketahui dalam sejarah hidup Isaac Newton seorang Ahli Fizik dan Matematik yang terkenal dengan hukum graviti dan mencipta teleskop.Begitu juga dengan Thomas Elva Edison,orang yang mencipta mentol lampu pertama di dunia.Tidak kurang juga pemikir hebat Islam Ibnu Sina yang termasyhur dalam bidang perubatan meninggalkan khazanah berharga untuk umat manusia.Membaca kisah-kisah hidup mereka yang pantang menyerah kepada ketentuan takdir, memberi suntikan motivasi kepada kita untuk terus mencipta kecemerlangan dalam hidup.Justeru mengisi kegiatan harian dengan berbagai aktiviti berfaedah  mampu membangun kekuatan pemikiran secara konstruktif dan inovatif sebagai  mauduk kecemerlangan , kesejahteraan dan kelestarian  diri manusia.


cerna minda

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Guru Biologi
Segambut Kuala Lumpur.
Rabu 26 Jun,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...