Monday, June 3, 2013

Bertungkus lumus siap kolam

Saya berasa kagum dan teruja melihat kesungguhan guru-guru saya En.Subki dan Pn Rosnah bersama anak mereka Adib Akmal yang bertungkus lumus  menyiapkan kolam ikan sekolah. Setiap hari mereka tiga beranak bekerja dengan tekun mengecat, membersih dan menanam bunga-bungaan penghias kolam. Siang tadi saya ada bersama menemani mereka hingga jam 5.30 petang sambil membantu menanam bunga di sekeliling kolam.Ketika ini kerja-kerja mengecat sudah selesai,mungkin esok kolam boleh beroperasi sepenuhnya di Taman Warisan Geografi bersebelahan Laluan Sejarah. Setiap orang guru mempunyai kekuatan masing-masing. Mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri. Sekiranya kekuatan ini di gabungkan  sudah pasti mampu menjana kemajuan sekolah dalam setiap bidang.Petang tadi (Isnin 3 Jun 2013) bersama Adib dan Subki .Mereka begitu tekun bekerja. Saya hanya pegang gunting saja.Anak dan Ayah sama-sama rajin.Terima kasih Subki dan Rosnah.

 
 Che'gu Subki tekun mengecat rumah ikan.

Perkarangan sekolah yang cantik dan bersih.

Persekitaran sekolah semakin cantik dan menarik. Bukan memuji sekolah sendiri tetapi sebenarnya realiti yang boleh di lihat kanan dan kiri semakin berseri. Salah satu faktor kemajuan pelajar ialah menyediakan persekitaran yang menarik dan kondusif kerana  naluri manusia pada hakikatnya sukakan keindahan. Saya minta semua guru tingkatan memastikan setiap kelas bersih, ceria dan bermaklumat bertujuan membangkitkan minat pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran(PdP) dengan berkesan.Kawasan lingkungan sekolah sudah bersih kerana Pengetua selalu memantau kerja-kerja pembersihan setiap hari termasuk kaki lima dan luar pagar tetap terurus dengan baik.

Terima kasih.

Pengetua SMKSB@STAR
Isnin 3 Jun 2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...